Instagram’s Creator Marketplace is Expanding to New Markets and Testing Smarter Recommendations
Marketplace Pencipta Instagram Berkembang ke Pasaran Baharu & Menguji Cadangan Yang Lebih Pintar
Kemas Kini 31 Oktober 2024: Perniagaan yang telah menyertai marketplace pencipta boleh mengakses wadah itu melalui Meta Business Suite.
Kemas Kini 7 Mei 2024: Hari ini kami memudahkan lebih ramai pencipta dan jenama untuk berhubung di seluruh dunia dengan mengumumkan pengembangan marketplace pencipta Instagram ke 10 negara lagi: Argentina, Perancis, Jerman, Indonesia, Israel, Mexico, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol dan Turki. Akses akan tersedia untuk pencipta dan jenama layak yang dikendalikan oleh Instagram di negara ini dalam beberapa minggu akan datang. Jenama boleh mendayakan akses agensi untuk rakan kongsi mereka.
Daripada kandungan berjenama hingga iklan perkongsian, Instagram ialah salah satu tempat terbaik untuk kerjasama antara jenama dengan pencipta -- dan hari ini, kami teruja mengumumkan cara kerjasama ini dipermudah. Pada tahun 2022, kami mula mengujimarketplace pencipta di AS, sebuah destinasi baharu yang membolehkan jenama dan pencipta berhubung dan bekerjasama dengan lebih mudah dari aspek peluang perkongsian. Sejak itu, kami telah memperkenalkan ciri baharu dan mengambil beribu-ribu pencipta dan jenama di AS ke dalam marketplace pencipta.
Hari ini, kami teruja mengambil satu lagi langkah ke depan dan mengumumkan pengembangan terancang marketplace pencipta Instagram ke 8 pasaran baharu. Dalam beberapa minggu akan datang, kami merancang untuk menjemput pencipta dan jenama yang berpangkalan di Kanada, Australia, New Zealand, UK, Jepun, India dan Brazil untuk menyertai marketplace pencipta Instagram. Jenama eksport China juga akan dijemput untuk berhubung dengan pencipta yang mengambil bahagian di negara luar daripada China.
Jenama memberitahu kami bahawa sukar untuk mendapatkan pencipta bagi iklan perkongsian. Oleh sebab itu, kami teruja untuk mula menjalankan ujian cadangan berasaskan pembelajaran mesin serba baharu kami di AS bagi membantu jenama bertemu dengan pencipta yang paling sesuai untuk kempen mereka dengan mudah. Jenama yang layak boleh mengakses cadangan ini dalam beberapa bulan akan datang di marketplace pencipta Instagram dalam Meta Business Suite.
Marketplace pencipta Instagram boleh membantu jenama mencari pencipta yang berkaitan dengan mudah untuk apa-apa jenis kerjasama, namun salah satu yang paling hebat ialah iklan perkongsian. Iklan perkongsian (sebelum ini dikenali sebagai iklan kandungan berjenama) membolehkan pengiklan mengukuhkan kandungan dengan pencipta atau rakan kongsi pengendali yang lain untuk meningkatkan kerjasama mereka. Iklan perkongsian ialah cara yang paling berkesan dan telus untuk pengiklan serta pencipta menjalankan iklan secara bersama-sama, manakala marketplace pencipta Instagram membantu jenama menemukan pencipta untuk menjalinkan kerjasama.
Cara ciri ini berfungsi.
Sertai Marketplace Pencipta Instagram
Jenama menyertai marketplace pencipta Instagram dalam Meta Business Suite. Pencipta turut serta daripada papan pemuka profesional mereka dalam aplikasi Instagram. Pencipta boleh menunjukkan jenama dan minat yang berkaitan dengan mereka. Pencipta juga boleh mencipta portfolio untuk menyerlahkan ciri yang menjadikan mereka unik.
Dapatkan Padanan yang Sesuai
Bagi memadankan pencipta dengan jenama yang betul untuk tujuan kempen, kami sedang menguji cadangan pencipta tersuai baharu yang dikuasakan oleh pembelajaran mesin untuk setiap jenama. Jenama juga boleh mencari pencipta, dengan menapis atribut pencipta dan khalayak. Mereka juga boleh melihat senarai pencipta yang telah menyatakan minat dan melihat portfolio pencipta.
Berhubung & Bekerjasama
Pencipta menerima mesej jenama dalam folder Mesej Perkongsian yang khusus di bahagian atas tab Utama. Jenama boleh menghubungi pencipta secara terus atau mencipta dan menghantar projek kepada beberapa pencipta dengan menerangkan kandungan berjenama atau peluang iklan perkongsian. Pencipta boleh menyemak butiran dan syarat peluang tersebut, serta kadar yang ditetapkan, semuanya dalam aplikasi Instagram.
Cipta & Lancarkan
Setelah jenama dan pencipta mencapai persetujuan, mereka telah bersedia untuk mencipta. Pengiklan boleh menggalakkan kandungan Instagram organik sebagai iklan perkongsian, termasuk kandungan berjenama dengan label perkongsian berbayar, atau mereka boleh mencipta iklan perkongsian baharu dalam Pengurus Iklan. Sila lawati Pusat Bantuan untuk melihat arahan tentang cara menggunakan marketplace pencipta atau menyediakan iklan perkongsian.
Marketplace pencipta Instagram membantu jenama mencari pencipta yang betul dan membantu pencipta ditemukan oleh jenama. Kami teruja untuk terus mengembangkan marketplace pencipta dan iklan perkongsian bagi menawarkan lebih banyak cara untuk jenama dan pencipta berhubung, bekerjasama dan berkembang.