Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

30 Mei 2018

Rahsia Kreatif Cerita Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Ingin meningkatkan permainan Cerita Instagram anda? Ikuti panduan kreatif ini yang diilhamkan oleh Kedai Kreatif Facebook dan menemui lebih banyak cara untuk berkongsi perniagaan anda kepada dunia. Dari teks pelangi sehinggalah magis pemadam, terdapat banyak helah kreatif untuk diketahui dan dinikmati oleh perniagaan anda. Anda hanya perlu mencarinya.

Jadi keluarkan telefon anda dan terokai beberapa panduan rahsia (dan ciri produk yang tidak begitu rahsia) untuk digunakan oleh perniagaan anda di Instagram.

Mencipta Padanan Sempurna

Ini masanya untuk menghiraukan pilihan warna lalai dan dapatkan rona yang tepat untuk menyampaikan cerita anda. Tekan penitik warna untuk memadankan warna fon anda dengan warna yang sedia ada dalam foto atau video anda.

Petua: Alat penitik amat berguna apabila anda mempunyai banyak teks untuk dimasukkan.

Segalanya Lebih Baik dengan Pelangi

Tidak, seseorang tidak akan mengalami masalah untuk menghasilkan warna berlainan bagi setiap huruf. Ada panduan untuk itu! Bagi mengujakan pelanggan dengan teks gradien pelangi, anda perlu memilih semua teks dan bersedia dengan dua jari anda.

Jari Satu: Tekan dan tahan mana-mana warna.

Jari Dua: Tekan dan tahan garisan pemilih teks berwarna biru.

Sedia? Sekarang gerakkan kedua-dua jari pada kelajuan yang sama dan...boom! Teks lama yang sama dalam rona pelangi baharu.

Memenuhi Skrin

Jika anda hendak mempelbagaikan warna tetapi tidak ingin menggunakan alat berus untuk mengisinya secara manual, anda tidak perlu risau, anda tidak perlu berbuat demikian. Gunakan kesan warna skrin penuh dengan menahan jari buat sementara waktu untuk menjadikan seluruh skrin kepada satu warna.

Petua: Berus penanda akan memberikan warna legap kepada anda, manakala hujung pemahat bagus digunakan untuk kesan separa lutsinar.

Gunakan cara ini untuk membuat kiriman yang menggunakan teks sahaja. Atau, gabungkan cara ini dengan alat pemadam untuk mendedahkan beberapa bahagian dalam teks atau video anda menerusi satu siri bingkai.

Petua bonus: Simpan, simpan, simpan. Hasilkan karya hebat anda satu persatu, simpan setiap langkah ke gulungan kamera anda sebelum memuat naik koleksi penuh.

Gambar Bergerak (dan Beberapa)

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menukarkan foto Langsung kepada Boomerang pada sentuhan skrin? Untuk menghidupkan gambar, anda perlu membuka kamera dan memasang Mod Langsung, kemudian ambil mana-mana gambar bergerak. Kemudian, muat naik foto ke cerita anda. Sebaik sahaja dimuat naik, tahan foto dengan satu jari untuk mengubahnya kepada Boomerang. Ta-da!

Petua: Pastikan Mod Langsung sentiasa dipasang bagi memudahkan penggunaan Boomerang.

Menu Rahsia Boomerang

Sama seperti In-N-Out (@innout) atau Shake Shack (@shakeshack), apl Boomerang juga mempunyai menu rahsia. Ada empat sentuhan jari khas untuk melakukannya, tetapi sebaik sahaja masuk, anda boleh menggunakan ciri tambahan yang menghasilkan ulangan tanpa henti menarik.

Untuk pergi ke menu rahsia, buka apl Boomerang dan tekan empat kali menggunakan empat jari. Sebaik sahaja selesai, anda perlu mengubah tetapan ini:

Peleraian: 1080p

Mod Boomerang: Ke Depan dan Ke Belakang (jeda)

Kiraan Bingkai: 3

Kiraan Bingkai Tangkapan Lama: 25fps

Tetapan ini bukan sahaja memberikan lebih banyak bingkai, ia juga menambah bingkai di permulaan dan penghujung untuk membuatkan ulangan anda lebih lancar serta memberikan pergerakan yang lebih lama berbanding pengalaman natif Boomerang dalam cerita.

Serlahkan Kreativiti Anda

Direka untuk meningkatkan pengalaman visual penceritaan, Cerita Instagram mengubah cara pencipta, jenama dan orang ramai berhubung dengan dunia Instagram. Dengan mengembangkan himpunan kreatif komuniti kami menerusi peralatan seperti pelekat, emoji, pungutan interaktif dan banyak lagi, kami terus berusaha meningkatkan dan menambah baik manfaatnya dihasilkan untuk mudah alih.

Jadi apa tunggu lagi? Cuba Cerita Instagram hari ini dan bawakan kemungkinan kreatif tanpa henti untuk perniagaan anda.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA