Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Tip
Mencipta Iklan Menarik dalam Cerita Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Sejak kami melancarkan Cerita Instagram, komuniti perniagaan kami telah memanfaatkan pengalaman skrin penuh ini dan menghasilkannya sendiri. Dalam masa hanya setahun, format cerita skrin penuh ini telah mengubah cara jenama berhubung dengan pelanggan mereka—lebih daripada 50% perniagaan telah mencipta cerita setiap bulan.1 Setelah lebih daripada 300 juta akuan Instagram yang aktif di serata dunia melihat dan mencipta cerita setiap hari, 2 Cerita Instagram kini menjadi satu cara yang semakin hebat untuk menonjolkan jenama dan mengilhamkan tindakan.
Untuk membantu pemasar lebih memahami dan menguasai format yang muncul ini, kami bekerjasama dengan Facebook IQ3 untuk meneroka elemen kreatif yang terbaik dalam menarik perhatian dan memacu hasil.
Semasa salah satu daripada kajian kami yang dikendalikan di AS, kami mendapati bahawa beberapa strategi berkaitan dengan iklan berprestasi tinggi menerusi suapan mudah alih —seperti menyampaikan maklumat dengan cepat dan mempamerkan jenama atau produk yang diiklankan di dalamnya—turut berkesan untuk iklan dalam cerita. 4 Keberkesanan ini dinilai berdasarkan dua faktor: keberhasilan dan respons Dengan kerberhasilan, pengiklan boleh menilai kebarangkalian suatu iklan untuk mendapat perhatian, dilihat dan diingatkan kembali. Manakala dengan respons, mereka boleh menilai kebarangkalian suatu iklan untuk mendorong reaksi dan tindakan jenama.
Untuk membantu pemasar menghasilkan iklan yang lebih menarik perhatian dalam Cerita Instagram, berikut adalah beberapa pengetahuan yang kami pelajari baru-baru ini daripada kajian kendalian Facebook untuk dititikberatkan semasa mencipta iklan dalam Cerita Instagram.5
1. Perkara berkenaan.
Secara purata, iklan Cerita Instagram berprestasi hebat berada di kedudukan lebih tinggi berbanding iklan yang kurang mendapat sambutan. Iklan tersebut juga meraih perhatian ramai, mudah difahami dan bersesuaian dengan jenama yang diiklankan.
2. Saat tambahan.
Secara purata, iklan berprestasi hebat dalam cerita adalah lebih pendek dan mengandungi penjenamaan berbanding iklan yang kurang mendapat sambutan dalam cerita.
3. Manfaat kelajuan pantas.
Di antara iklan dalam cerita yang mengandungi pelbagai babak, secara purata, babak daripada iklan yang berprestasi hebat adalah lebih pendek berbanding iklan yang kurang mendapat sambutan.6
4. Hasil galakan demonstrasi produk.
Hanya separuh daripada iklan Cerita Instagram yang menunjukkan produk pengiklanan yang digunakan setelah diuji, tetapi hanya iklan yang bersiaran dengan baik pada metrik utama.7
5. Untuk meraih keberkesanan, iklan berkenaan hendaklah dioptimumkan untuk mudah alih.
Hampir separuh daripada iklan yang diuji adalah dihasilkan khas untuk Cerita Instagram, namun hanya beberapa iklan yang bersiaran dengan baik di kedudukan tiga teratas dalam Cerita Instagram — berkemungkinan disebabkan oleh masa yang terlalu lama diambil untuk mendedahkan mesej utama dan mengandungi babak yang lebih panjang.
Memandangkan semakin ramai pengiklan terus menggunakan Cerita Instagram, kami bakal memperoleh idea yang lebih baik mengenai amalan kreatif terbaik. Sementara itu, kami menggalakkan pengiklan untuk bereksperimen dengan kandungan video dan pelbagai alat kreatif yang ditawarkan oleh Cerita—seperti penapis muka, super zum dan pelekat gif.
Jika anda mahukan lebih banyak cara untuk memanfaatkan Cerita Instagram dan mencipta iklan yang lebih menarik, pastikan anda melihat artikel penuh Facebook IQ. Dan jika anda ingin melihat bagaimana jenama lain seperti OpenTable (@opentable) menggunakan Cerita Instagram untuk berhubung dengan khalayak mereka, terokai kisah kejayaan mereka di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA