Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

26 Jun 2019

Membawakan Iklan Terokai, Destinasi Penemuan Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Terokai ialah satu tempat terbaik untuk orang ramai menemui, membeli-belah dan berhubung dengan orang, perniagaan dan pencipta. Lebih daripada 50% akaun di Instagram menggunakan Terokai pada setiap bulan.1 Ia merupakan tempat yang ditujui oleh orang ramai sekiranya mereka hendak melihat foto dan video berkaitan dengan minat mereka daripada akaun yang belum lagi diikuti.

Hari ini, 80% orang ramai mengikuti perniagaan di Instagram2, dan Terokai boleh membantu mereka mencari perniagaan seterusnya atau produk yang mereka gemari. Jenama merupakan bahagian penting dalam pengalaman Instagram untuk orang ramai. Sama ada membeli-belah, mengikuti cerita atau trend penemuan terbaharu, kami dapat lihat orang ramai ingin berhubung dengan jenama yang mereka sukai. Itulah sebabnya dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan memperkenalkan iklan dalam suapan Terokai.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.

Bagi pengiklan, ini ialah peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengaruh relevan dan menjadi trend sementara menjangkau khalayak baharu yang ingin mencari perkara baharu. Pengiklan boleh melanjutkan kempen mereka menggunakan peletakan automatik dengan pilihan masuk mudah untuk menjangkau khalayak dalam Terokai.

Kami memperkenalkan iklan dalam Terokai secara perlahan-lahan dan lebih berhemat dalam bulan-bulan yang akan datang. Selepas mengetik foto atau video dalam Terokai, orang akan mula melihat iklan sebagai sebahagian daripada pengalaman melayari yang sama seperti suapan utama. Seperti biasa, orang ramai boleh mengawal iklan yang mereka lihat. Untuk maklumat lanjut terhadap tindakan yang diambil oleh orang ramai, sila lawati Pusat Bantuan kami di sini.

Seiring dengan pelaburan kami di Terokai, kami juga menginginkan yang terbaik untuk penemuan orang ramai terhadap perkara baharu dan perniagaan untuk berhubung dengan orang yang berkemungkinan menjadi pelanggan mereka yang bermakna.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA