Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Meluaskan Akses kepada Alat Kandungan Berjenama di Instagram
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Sejak memperkenalkan alat kandungan berjenama pada bulan Jun,1 Pencipta di Instagram boleh berkomunikasi dengan mudah apabila mereka sedang berkerja dengan perniagaan. Ini bermakna lebih ketelusan untuk orang ramai apabila mereka meleret, berkongsi dan meneroka minat mereka di platform kami. Hari ini, kami meluaskan ketersediaan alat kepada pengguna Instagram yang mempunyai tahap penglibatan yang tinggi dan akses kepada wawasan. Perluasan ini akan membolehkan kami untuk terus mempelajari cara pencipta, perniagaan dan komuniti melibatkan diri dengan kandungan berjenama.
Sepanjang beberapa bulan yang lalu, kami telah memantau pandangan komuniti dan perniagaan serta pencipta menggunakan alat kandungan berjenama. Perkara yang telah kami pelajari adalah alat kandungan berjenama memberikan pandangan yang bernilai2 kepada perniagaan dan memudahkan pencipta seperti Xenia Tchoumi (@xenia) untuk berkomunikasi dengan jelas semasa mereka sedang bekerjasama dengan perniagaan.
Sekarang, pencipta yang mempunyai akses kepada alat kandungan berjenama akan menerima pemberitahuan dalam apl apabila sistem kami menemui kandungan yang tidak mengikut dasar kami. Dalam hal ini, pencipta kandungan akan dimaklumkan menerusi apl Instagram dan mempunyai pilihan untuk tag perniagaan. Pemberitahuan ini bertujuan untuk lebih memudahkan penggunaan “Perkongsian Berbayar dengan” tag dan mendidik komuniti berkenaan kandungan berjenama Instagram.
Dengan adanya pemahaman yang lebih baik tentang cara komuniti melibatkan diri dengan kandungan berjenama akan membantu kami menawarkan lebih fleksibiliti kepada pencipta dan perniagaan menggunakan alat.Dari semasa ke semasa, matlamat kami adalah untuk memudahkan semua pengguna Instagram mengenal pasti hubungan komersial di Instagram.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA