Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

4 Jun 2019

Baharu: Kandungan Berjenama di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Kandungan berjenama ialah sebuah ekosistem yang membangun. Sebaik sahaja membina peralatan yang sesuai buat pencipta dan perniagaan yang terlibat dalam urusan kandungan berjenama, satu daripada permintaan terbesar yang kami terima bagi jenama ialah keupayaan untuk merangkumkan kiriman kandungan berjenama ke dalam strategi pengiklanan mereka. Kini, pengiklan memiliki keupayaan untuk mempromosikan siaran kandungan berjenama pencipta yang organik sebagai iklan suapan dan cerita.

Memperkenalkan Iklan Kandungan Berjenama

68% orang mengatakan mereka datang ke Instagram untuk berinteraksi dengan pencipta. Dengan iklan Kandungan Berjenama, perniagaan berpeluang untuk menyampaikan cerita menerusi suara pencipta, menjangkau khalayak baharu dan mengukur impak. Menggunakan peralatan yang tersedia di platform iklan Facebook, perniagaan boleh menjangkau khalayak yang disasarkan dalam kalangan mereka yang mengikuti jenama dan akaun pencipta. Malah dengan menyiarkan iklan, mereka mempunyai akses untuk pengukuran dan boleh mengoptimumkan serta menguji kempen berdasarkan matlamat yang ditetapkan untuk menjamin keberkesanan kempen pemasaran. Apabila iklan ini muncul dalam suapan dan cerita, orang ramai akan lihat “Perkongsian berbayar bersama” berserta dengan nama jenama pada setiap kiriman, yang menjadi tunjang utama dalam ketelusan iklan.

Kami sering melihat pelanggan yang ingin mencari fesyen menerusi sumber yang dipercayai, tetapi jangkauan organik bagi kandungan tersebut semakin terhad. Jadi, kami terus mencari cara yang lebih terperinci seperti iklan Kandungan Berjenama untuk menyampaikan kandungan rakan kedai kepada pembeli yang betul, berbanding dengan terus membuangnya begitu sahaja. Mempromosikan kandungan secara langsung dari tangan pengaruh yang layak memberikan kesahihan kiriman berbanding dari pegangan jenama, dan kami melihat kadar penglibatan yang lebih tinggi menggunakan strategi ini.
LIAT WEINGARTEN, TIMBALAN PENGERUSI KOMUNIKASI JENAMA, OLD NAVY
Bermula

Terdapat 2 langkah utama untuk mencipta iklan Kandungan Berjenama. Pertama sekali, pencipta kandungan berjenama perlu membenarkan rakan kongsi perniagaan untuk mempromosikan siaran mereka sebagai iklan, yang boleh dibuat dalam Tetapan Lanjutan. Sebaik sahaja melakukannya, rakan kongsi perniagaan akan melihat siaran pada Pengurus Iklan di bawah Siaran Sedia Ada dan boleh memilih untuk menyiarkannya sebagai iklan dalam suapan atau format cerita.

Arahan langkah demi langkah bagi perniagaan dan pencipta tersedia di sini.

Berpandangan Jauh

Iklan suapan Kandungan berjenama kini tersedia untuk semua pengiklan, dan iklan cerita Kandungan Berjenama akan tersedia di seluruh dunia pada minggu-minggu mendatang. Ini hanyalah permulaan dan kami akan terus melabur dalam kandungan berjenama untuk memberikan nilai yang lebih baik untuk orang ramai, pencipta dan perniagaan.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA