Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

7 November 2019

Panduan Langkah demi Langkah: Merancang dan Mencipta Kandungan Secara Konsisten

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Baca panduan ini untuk petua tentang cara anda boleh mencipta kandungan secara konsisten dan membina jenama bagi perniagaan anda di Instagram.

Langkah 1: 4 petua untuk memastikan penampilan dan suara anda kekal konsisten

Mengekalkan penampilan dan suara yang konsisten merentasi foto serta video adalah faktor penting untuk membina jenama anda di Instagram. Kekalkan kekonsistenan penampilan dan suara anda dengan 4 petua berikut:

Tampilkan skema warna yang telah anda miliki.

Lihat estetika yang anda telah cipta untuk perniagaan anda dengan lebih dekat di dalam dan luar Instagram. Jika anda menampilkan skema warna tertentu dalam produk fizikal, logo, tapak web atau gedung fizikal anda, gabungkan palet tersebut di seluruh siaran anda.

4 petua untuk mengekalkan kekonsistenan penampilan dan suara anda
Gunakan palet warna yang konsisten merentasi foto dan video.

Sebagai contoh, lihat cara @blooms_france menampilkan rona merah jambu di seluruh grid tersebut. Anda bahkan boleh menggunakan alat titis mata dalam cerita untuk mendapatkan warna yang sepadan dengan produk anda.

Ambil foto dan video yang mempunyai tema yang konsisten.

Fikirkan tentang cara anda boleh mengambil foto atau video dengan cara yang amat berbeza, agar komuniti anda dapat mengenali siaran anda serta-merta. Contohnya, anda boleh menyiarkan syot pandang atas atau berkongsi syot sebelum dan selepas secara kerap.

Kekalkan nada yang konsisten semasa anda berbicara dengan komuniti anda.

Sama ada ia melalui kapsyen, respons kepada komen atau Direct semasa berbalas mesej dengan individu tertentu dalam komuniti anda, kekalkan nada yang konsisten tatkala berbicara dengan individu di Instagram.

Langkah 2: Rancang kalendar kandungan anda dalam 5 langkah

Mencipta kandungan selalunya agak mencabar, terutama jika anda sedang sibuk menjalankan perniagaan anda. Merancang siaran dan cerita anda lebih awal menggunakan kalendar kandungan amat membantu.

Sila lihat kalendar kandungan sampel ini yang dicipta oleh sebuah restoran. Muat turun versi PDF kalendar kandungan yang anda boleh gunakan di sini.

Berikut adalah cara anda boleh menggunakan kalendar kandungan di atas:

Rancang kalendar kandungan anda dalam 5 langkah
Rancangan kalendar kandungan anda dalam 5 langkah
Dalam kalendar kandungan di atas, kenal pasti tema menyeluruh.

Fikirkan tentang jenis siaran yang anda ingin perniagaan anda kongsikan, seperti liputan di balik tabir atau syot produk. Dengan cara ini, anda tidak lupa untuk memasukkan tema tersebut di seluruh foto serta video anda. Contohnya, @blooms_france gemar mempromosikan tema DIY, maka mereka kerap menghasilkan video projek DIY.

Tentukan format dan jenis visual terbaik untuk menyampaikan mesej anda.

Pertimbangkan semua pilihan anda — siaran karusel untuk mendorong orang ramai meleret melalui foto dan video anda, cerita untuk menangkap detik masa nyata, video untuk menarik perhatian orang ramai dan pelbagai lagi — bagi memastikan penyampaian mesej anda berkesan.

Tulis kapsyen sebelum berkongsi kandungan anda.

Dengan cara ini, anda boleh terus menyalin dan menampal kapsyen apabila tiba masanya untuk berkongsi siaran atau cerita anda. Jangan lupa untuk menyertakan tanda pagar bagi menjangkau lebih ramai orang.

Rancang tarikh.

Tentukan masa anda akan berkongsi siaran atau cerita, bergantung pada kalendar perniagaan anda. Jangan lupa juga untuk menetapkan tarikh bagi masa anda akan menyediakan semua visual. Pastikan anda turut menyepadukan sebarang percutian yang mungkin disambut oleh komuniti anda. Sebagai contoh, @blooms_france merancang pelbagai siaran bersempena Hari Natal.

Selepas mencipta kalendar, pilih cara anda mahu mencipta foto dan video - sepanjang hari anda atau secara pukal.

Anda boleh menangkap beberapa foto atau cerita dalam jumlah tertentu setiap hari, meluangkan masa untuk melakukannya sekaligus, atau kedua-duanya.

Langkah 3: Cipta studio foto DIY

Apabila pelanggan Bloom menerima jambangan bunga, mereka mendapat video tutorial mengenai cara menggubah jambangan bunga mereka. Bloom menghasilkan sendiri video ini. “Kami mempunyai persediaan yang amat kecil kerana kami ingin mempromosikan perniagaan DIY,” kata pengasas Bloom, Clement Roussel. “Dan kami mencipta sendiri kandungan kami setiap minggu, setiap hari.”

Berikut adalah perkara yang boleh dipertimbangkan termasuk di studio rumah anda:

• Latar belakang. Anda boleh menggunakan kain atau bahkan sekadar kertas putih untuk menonjolkan subjek syot anda.

• Lampu, seperti lampu lingkaran, atau lampu cahaya semula jadi daripada jendela. Pencahayaan yang mencukupi mampu mempertingkatkan kualiti foto.

• Peralatan. Item yang dapat melengkapkan produk anda dalam foto dan video, seperti pasu jika anda mengambil foto bunga-bungaan.

• Pemantul. Bahan untuk memantulkan cahaya ke arah subjek, seperti sekeping logam atau kain. Pemantul boleh digunakan untuk menambah cahaya pada subjek. Anda bahkan boleh mencipta pemantul di rumah dengan menggunakan kerajang aluminium pada papan poster.

• Kamera. Anda boleh menggunakan telefon atau kamera DSLR anda.

• Tripod untuk kamera atau telefon anda. Anda boleh menyandarkan telefon anda pada dinding atau membeli sebuah tripod untuk menstabilkan foto anda.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA