Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

31 Oktober 2019

Panduan Langkah demi Langkah: Cipta Instagram Stories yang Menghiburkan dan Interaktif

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Baca ini bagi petua kreatif untuk berkongsi cerita yang menghiburkan dan interaktif bersama komuniti anda dan memberi keseronokan kepada khalayak anda.

Langkah 1: Mula menggunakan cerita di sepanjang hari anda pada 5 detik ini

Instagram Stories ialah cara yang menghiburkan dan mencekau perhatian bagi orang ramai mengetahui tentang perniagaan. Satu pertiga daripada kebanyakan cerita yang ditonton adalah daripada perniagaan1

Jika anda tidak pernah berkongsi foto atau video kepada cerita anda, ketahui cara melakukannya di sini.

Berikut ialah 5 cara anda boleh menggunakan cerita:

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Tunjuk detik hari anda yang tidak bertapis.

Beri komuniti anda pandangan orang dalam terhadap perniagaan anda berserta foto dan video di balik tabir yang belum sempurna ketika ia berlaku dalam masa nyata. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Facebook, orang ramai di serata Brazil, Indonesia, UK dan AS lebih berkemungkinan menyatakan bahawa mereka melawati cerita untuk melihat kandungan langsung dan tidak bertapis.2

Kongsikan surat perakuan pelanggan.

Minta ulasan daripada plenggan anda bagi produk dan perkhidmatan anda serta kongsikan semuanya dalam cerita anda.

Sampaikan cerita perniagaan anda.

Anda boleh berkongsi cerita tentang cara perniagaan anda bermula, misi anda, cabaran yang terpaksa anda atasi atau anekdot yang menunjukkan personaliti perniagaan anda. Gunakan video atau hanya teks pada latar belakang biasa.

Tampilkan produk dan perkhidmatan anda.

Pergunakan manfaat format skrin penuh cerita untuk mempamerkan produk anda, melancarkan produk baharu dan mengumumkan jualan. Jika anda mempunyai perniagaan berasaskan perkhidmatan, berikan bayangan sepintas lalu tentang perkhidmatan anda kepada orang ramai. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Facebook, setengah daripada responden mengatakan mereka telah mencari produk/perkhidmatan pada tapak web iaitu tempat mereka boleh membuat pembelian selepas melihat produk/perkhidmatan dalam sebuah cerita.3

Kongsikan tutorial.

Tunjukkan kepada orang ramai cara mereka boleh menggunakan produk anda. Anda boleh mendidik orang ramai yang mempertimbangkan pembelian mereka dan pada masa yang sama mewujudkan kepakaran dalam industri anda.

Langkah 2: Tambahkan teks kepada cerita menggunakan 5 petua ini

Cerita menawarkan beraneka alatan bagi orang untuk menyatakan pendapat mereka dan menerokai kreativiti mereka.

Berikut ialah 5 petua kreatif tentang penambahan teks kepada cerita anda:

Campurkan warna teks anda.
Campurkan warna teks anda.

Jika anda mencari warna yang lebih cerah atau lebih gelap bagi teks dan berus anda, ketik dan tahan pada warna itu untuk mendapatkan lebih banyak variasi bagi warna tersebut di bahagian bawah skrin anda.

Padankan warna anda.
Padankan warna anda.

Gunakan alat titis mata untuk memadankan warna bagi berus atau teks anda dengan latar belakang anda. Mungkin anda mempunyai foto produk dan ingin memadankannya dengan warna kapsyen anda. Untuk mendapatkan alat titis mata, ketik alat di bahagian kiri palet warna anda dan heretnya kepada warna yang hendak dipadankan dengan teks atau berus anda.

Jadikan teks anda menyerlah semasa penyekatan warna.
Jadikan teks anda menyerlah semasa penyekatan warna.

Penyekatan warna ialah apabila anda memasukkan latar belakang berwarna dengan teks anda ditindihkan di bahagian atas dalam warna yang berkontras. Untuk menambah latar belakang berwarna kepada teks anda, ketik
di bahagian atas sebelah kiri skrin anda. Tukar warna teks anda dengan memilih kesemuanya, sementara mengekalkan warna latar belakang yang sama.

Susunkan teks anda.
Susunkan teks anda.

Taipkan satu perkataan, kemudian taipkan perkataan yang tepat dan hanya tukarkan warna bagi perkataan itu. Kemudian susunkan ke atas satu sama lain untuk memberikan perkataan tersebut kesan bayangan.

Gunakan Cipta untuk membuat kecerunan latar belakang.

Jika anda hendak membuat cerita berasaskan teks berbanding cerita berasaskan foto atau video, pilih kecerunan latar belakang berwarna-warni untuk teks anda menggunakan Cipta, iaitu yang berada di bahagian bawah skrin anda.

Gunakan Cipta untuk membuat kecerunan latar belakang.
Gunakan Cipta untuk membuat kecerunan latar belakang.
Langkah 3: Tambahkan pelekat yang menghiburkan kepada cerita menggunakan 3 petua ini

Tambahkan pelekat untuk menjadikan cerita anda lebih menghiburkan. Berikut ialah 3 cara anda boleh menggunakan pelekat dalam cerita anda.

Ketahui lebih lanjut tentang pelekat di sini.

Nyatakan perasaan anda.
Nyatakan perasaan anda.

Gunakan pelekat perasaan atau emoji untuk menunjukkan perasaan anda. Anda juga boleh menambah pelekat swafoto jika anda hendak menyertakan perasaan masa nyata anda dengan mengetik dan mengambil foto diri anda untuk dijadikan pelekat.

Beritahu orang ramai tempat anda berada.

Gunakan pelekat lokasi untuk mengetag lokasi perniagaan anda, sama ada tempat itu ialah bandar anda atau lokasi perniagaan sebenar. Ingat bahawa menambah pelekat lokasi juga akan menambah cerita anda kepada halaman lokasi itu, yang membenarkan orang ramai menemui perniagaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang halaman lokasidi sini.

Untuk menyediakan lokasi bagi alamat perniagaan anda, akaun Instagram anda mesti dihubungkan dengan Halaman Facebook yang anda uruskan. Ketahui cara melakukannya di sini. Halaman Facebook yang anda uruskan mesti mempunyai lokasi fizikal yang berkait dengannya. Selepas memautkan akaun, lokasi tersebut akan dimasukkan pada Instagram.

Nikmatilah keseronokan menggunakan GIF.
Nikmatilah keseronokan menggunakan GIF.

Cari dalam pustaka GIPHY untuk menambah pelekat GIF beranimasi kepada foto atau video anda. Daripada huruf melantun dan hati berputar ke kucing menari dan piza di ruang angkasa, kesemua pelekat beranimasi ini membantu anda menjadikan mana-mana foto atau video melucukan, menarik atau kreatif.

Langkah 4: Jadikan cerita anda lebih interaktif menggunakan 6 petua ini

Ciri interaktif cerita membolehkan komuniti anda terlibat dengan perniagaan anda secara langsung. Berikut ialah 6 cara anda boleh mencipta cerita interaktif:

Bersiaran langsung.
Bersiaran langsung.

Gunakan ciri Live cerita untuk berinteraksi dengan pelanggan anda dalam masa nyata. Contohnya, tunjuk sepintas lalu perkara yang berlaku di balik tabir di perniagaan anda atau anjurkan tutorial langsung. Jangan lupa untuk mengumumkannya lebih awal supaya komuniti anda boleh memainkannya.

Cipta desas-desus menggunakan pelekat kiraan detik.

Jika anda mempunyai pelancaran produk atau acara akan datang, gunakan pelekat kiraan detik dalam cerita anda untuk membolehkan pengikut anda mengira detik kepada detik istimewa tersebut. Pengikut anda juga boleh memilih untuk diingatkan apabila kiraan detik sudah berakhir dan menyertai perayaan tersebut.

Anjurkan sesi Soal Jawab.

Gunakan pelekat soalan untuk membukakannya kepada komuniti anda. Kongsikan maklum balas anda dalam cerita berikut bagi keseluruhan komuniti anda membacanya. Anda juga boleh bersiaran langsung untuk menjawab soalan dalam masa nyata.

Tinjau komuniti anda.
Tinjau komuniti anda.

Gunakan pelekat tinjauan anda supaya anda boleh mengetahui dengan khusus tentang suka dan tidak suka dalam komuniti anda. Malah anda boleh menggunakan pelekat ini dalam cerita anda yang dipromosikan.

Galakkan pelanggan anda untuk memberi maklum balas terus kepada anda.

1 dalam 3 Instagram Stories menghasilkan satu mesej pada Direct,1 oleh itu ingatkan komuniti anda bahawa mereka boleh berhubung dengan perniagaan anda secara mudah dengan memberi respons kepada cerita anda.

Buat kuiz untuk komuniti anda.

Gunakan pelekat kuiz untuk mencipta soalan pelbagai pilihan bagi pengikut anda. Anda boleh menguji komuniti anda berkenaan trivia industri atau boleh juga mencipta soalan tentang produk atau perkhidmatan anda.

Langkah 5: Bawa cerita anda ke tahap seterusnya menggunakan 3 petua lanjutan

Gunakan alatan kreatif ini untuk mencipta cerita yang memberi kejutan dan keseronokan kepada khalayak anda – semua ini mungkin memerlukan lebih latihan untuk menguasainya. Berikut ialah 3 petua lanjutan yang anda boleh cuba untuk mempermainkan pemikiran orang ramai:

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Tambahkan kecerunan.

Cipta kesan pelangi kecerunan di seluruh teks anda menggunakan godam ini. Tindakan ini memerlukan kedua belah tangan dan sedikit latihan.

1. Ketik untuk memilih semua teks.

2. Jari pertama: Ketik dan tahan sebarang warna

3. Jari kedua: Ketik dan tahan hujung pemilih teks

4. Sekarang gerakkan kedua-dua jari pada kelajuan yang sama. Anda akan menyahpilih kesemua teks dan pada masa yang sama juga menggerakkan jari anda menerusi kecerunan secara serentak.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Pinkan perkataan dan pelekat yang terapung kepada cerita anda.

Rakamkan video dengan pergerakan kemudian tambahkan pelekat atau teks. Ketik dan tahan objek tersebut (pelekat atau teks) untuk mengepin objek – video akan kekal bermain tetapi objek akan kekal di satu tempat. Lebih kontras di antara objek dan latar belakang adalah lebih baik.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Rakamkan skrin anda untuk mencipta cerita beranimasi.

Cuba kiat ini untuk betul-betul membingungkan pemikiran orang ramai. Bermain-main dengan GIF dan pelekat serta rakamkan skrin anda semasa melakukannya. Kiat ini hanya sesuai dengan iPhone dilengkapi iOS 11.

1. Hidupkan Perakaman Skrin dengan mengikuti laluan ini: Tetapan > Pusat Kawalan > Kawalan Tersuai + Perakaman Skrin

2. Ketik untuk merakam dan mengambil gambar gerakan skrin anda.

3. Sunting cerita anda untuk mencipta animasi yang dikehendaki.

4. Muat naik klip yang disunting daripada bekas anda dan tambahkan kepada cerita anda.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA