Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Pengumuman
Meraikan 25 Juta Komuniti Perniagaan
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA
Hari ini kami meraikan komuniti perniagaan Instagram yang telah mencecah 25 juta, di mana kalangan majoritinya terdiri daripada perniagaan-perniagaan kecil. Peningkatan 15 juta sejak bulan Julai.
Setelah 800 juta menggunakan Instagram setiap bulan untuk menerokai dan mengikuti minat mereka, kini lebih banyak orang menggunakannya untuk berhubung dengan perniagaan yang mereka sukai. Malah, lebih daripada 80% akaun di Instagram mengikuti pernigaan,1 manakala 200 juta pengguna Instagram melawat profil perniagaan dengan aktif pada setiap hari.2 Hasilnya, komuniti Instagram membantu perniagaan kecil untuk berkembang dengan lebih maju.
Menerusi kandungan visual yang dikongsi, perniagaan membina hubungan yang bermakna dan mewujudkan perbualan dengan orang yang belum mereka kenali sebelum ini. Instagram sedang meningkat naik menjadi penampilan digital utama untuk perniagaan ini—seperti pembekal kasut AMAZARA (@amazara.id). Ditubuhkan di Indonesia, AMAZARA menggunakan Instagram sebagai saluran utama mereka untuk berhubung dengan para pelanggan. Menerusi kiriman yang menarik, Cerita Instagram dan Mesej Terus, jenama bergaya ini berjaya mengembangkan perniagaan dengan memiliki 70 orang pekerja dalam masa 20 tahun.
Juga disebabkan kini Instagram tidak lagi menjadi singgahan sementara pada mudah alih. Salah satu daripada perniagan kecil di Instagram mengatakan bahawa mereka memulakan perniagaan di Instagram,3 ia bukan sahaja menjadi destinasi penerokaan perniagaan, malah menjadi tempat di mana perniagaan dilaksanakan.
Dengan perkembangan beli-belah di Instagram di serata perniagaan di Amerika Syarikat, kami melihat pengusaha seperti Man Outfitters (@manoutfitters), WYLDER (@wyldergoods) dan Letterfolk (@letterfolk) menggunakan tag beli-belah untuk membantu orang ramai menemui produk yang mereka sukai. Malah dengan wawasan baharu,4 perniagaan kini boleh melihat bagaimana mereka ditemui di Instagram—sama ada menerusi suapan, tag lokasi, hashtag atau terokai.
Percutian merupakan masa yang paling penting pada setiap tahun bagi perniagaan kecil seluruh dunia. Itulah sebabnya kami berkongsikan sumber tips dan rahsia kepada perniagaan-perniagaan kecil tentang cara menggunakan Instagram pada musim percutian ini—termasuk jawapan kepada soalan lazim berkenaan cara memanfaatkan profil perniagaan anda.
Perniagaan di serata tempat kini bertukar ke Instagram sebagai kedai visual tanpa henti, mempersembahkan imej, rupa dan rasa sebenar. Untuk mengetahui cara Instagram boleh membantu perniagaan anda semasa percutian atau pada bila-bila masa, ketahui lebih lanjut di sini.
Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram
San Francisco, CA