BELI-BELAH INSTAGRAM

PANDUAN PENYEDIAAN

Panduan Penyediaan

BUKA KEDAI ANDA DI INSTAGRAM

Ikuti langkah ini untuk mencipta kedai di Instagram bagi mendapatkan akses kepada ciri seperti tag produk.

Sahkan kelayakan

LANGKAH 1: SAHKAN KELAYAKAN

Jika perniagaan anda telah menanda semua kotak ini, anda layak dan boleh menyediakan Membeli-belah Instagram.

Tukar kepada akaun perniagaan atau pencipta
Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.

LANGKAH 2: TUKAR KEPADA AKAUN PERNIAGAAN ATAU PENCIPTA

Ikuti langkah ini untuk menukarkan akaun anda kepada akaun perniagaan. Setelah anda mempunyai akaun perniagaan, anda boleh menambah maklumat perniagaan yang berkaitan seperti waktu perniagaan, alamat perniagaan atau nombor telefon dan pautan pada laman web anda.

Sambungkan Halaman Facebook anda

LANGKAH 3: SAMBUNG KE HALAMAN FACEBOOK

Ikuti langkah ini untuk memautkan akaun perniagaan Instagram anda dengan halaman Facebook.

  1. Pergi ke profil Instagram perniagaan anda
  2. Pilih “Sunting Profil”
  3. Di bawah bahagian "Maklumat Perniagaan Awam", Pilih "Halaman"
  4. Pilih Halaman Facebook daripada Halaman anda yang anda ingin sambungkan
  5. Jika anda tidak mempunyai Halaman Facebook, pilih “Cipta Halaman Facebook Baharu”
  6. Nota: Kedai Halaman Facebook tidak diperlukan, hanya Halaman Facebook.
Muat naik katalog produk

LANGKAH 4: MUAT NAIK KATALOG PRODUK

Membeli-belah Instagram dikuasakan oleh katalog produk anda. Terdapat dua cara untuk menyambungkan katalog produk dengan Akaun Instagram Business anda.

PENGURUS KATALOG merupakan kaedah “buat sendiri” yang ditemui dalam Pengurus Facebook Business.

ATAU

RAKAN KONGSI PLARFORM E-DAGANG ialah penyepaduan menerusi salah satu rakan kongsi platform e-dagang kami yang diiktiraf seperti Shopify atau BigCommerce.

Lengkapkan semakan akaun

LANGKAH 5: SEMAKAN AKAUN

Setelah menyambungkan katalog produk ke Instagram anda dan mempunyai produk dalam katalog, hantar akaun anda untuk semakan dengan mengikuti langkah ini. Semakan akaun biasanya mengambil masa beberapa hari tetapi kadangkala mengambil masa yang lebih lama.

  1. Pergi ke profil Instagram perniagaan anda dan ketik
  2. Pilih “Tetapan”
  3. Daftar untuk membeli-belah
  4. Ikuti langkah-langkah untuk menghantar akaun anda untuk semakan.
  5. Lawati “Membeli-belah” dalam “Tetapan” pada bila-bila masa untuk menyemak status anda.

Sesetengah perniagaan mungkin diberitahu bahawa maklumat tambahan diperlukan untuk membuktikan pemilikan domain laman web anda. Sekiranya anda menerima pemberitahuan ini, ikuti langkah-langkah tersebut untuk menyelesaikan proses penentusahan domain kami untuk melakukan semakan akaun anda.

Hidupkan Membeli-belah

LANGKAH 6: HIDUPKAN MEMBELI-BELAH

Sebaik sahaja akaun diluluskan, anda boleh menghidupkan ciri Membeli-belah. Nota: Jika anda tidak nampak Membeli-belah dalam Tetapan, akaun anda mungkin sedang disemak atau belum diluluskan untuk Membeli-belah Instagram.

  1. Pergi ke profil Instagram perniagaan anda dan ketik
  2. Pilih “Tetapan”
  3. Ketik “Perniagaan” kemudian ketik “Membeli-belah”
  4. Pilih “Katalog Produk” yang ingin disambungkan ke akaun anda.
  5. Pilih “Selesai”
Hasilkan kandungan yang boleh diambil tindakan

LANGKAH 7: MULA MENGETAG

Setelah mendayakan Beli-belah, anda boleh menggunakan tag produk untuk mengetengahkan produk dalam foto dan video anda merentasi Suapan dan Cerita.

TAG PRODUK DALAM SIARAN

Untuk mengetag produk dalam siaran Instagram, mulakan dengan memuat naik foto seperti biasa dan ikuti arahan di bawah sebelum menyiar:

  1. Ketik “Tambah Foto”
  2. Tambah kapsyen
  3. Ketik pada “Tag Produk”
  4. Ketik pada foto
  5. Cari produk
  6. Pilih produk
  7. Ketik “Selesai”
  8. Ketik “Kongsi”
Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.

PELEKAT MEMBELI-BELAH DALAM CERITA

Sebaik sahaja memilih imej untuk cerita anda, ikuti arahan di bawah sebelum menyiar:

  1. Ketik ikon pelekat di sudut atas sebelah kanan
  2. Pilih pelekat produk daripada pilihan pelekat
  3. Pilih set produk daripada katalog anda yang ingin ditampilkan
  4. Alihkan pelekat produk ke tempat yang anda ingin tampilkan dalam cerita
  5. Ubah warna teks bagi pelekat produk dengan mengetik pada pelekat
  6. Kongsi cerita anda

Ikuti kami di @Shop untuk mengetahui berita Membeli-belah terkini.

Sediakan Iklan Membeli-belah pertama anda hari ini.

Ketahui lebih lanjut tentang pembayaran di Instagram.

Ikuti kami di @instagramforbusiness

Untuk cerita, petua dan berita terkini
daripada komuniti perniagaan kami yang bersemangat.