MENYERLAH DENGAN INSTAGRAM

Masih baharu di Instagram? Lihat cara untuk menyediakan profil perniagaan percuma, mencipta kandungan dan menggunakan Instagram untuk mengembangkan perniagaan anda.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Mengapa Instagram?

Orang menggunakan Instagram untuk mendapat inspirasi dan menemui perkara yang penting kepada mereka dan itu termasuk kandungan daripada jenama dan perniagaan.

60%

orang mengatakan mereka menemui produk baharu di Instagram.1

200 Juta+

pengguna Instagram mengunjungi sekurang-kurangnya satu Profil Perniagaan dalam satu hari.2

80% Peningkatan

dalam masa yang diluangkan untuk menonton video di Instagram.3

1/3

bagi kebanyakan cerita yang ditonton adalah daripada perniagaan.4

Memulakan akaun adalah cepat dan mudah.

Sediakan Akaun Perniagaan Instagram untuk memberi orang maklumat lanjut tentang produk, perkhidmatan atau perniagaan anda.

Langkah 1: Muat turun dan lancarkan apl

Muat turun apl Instagram untuk iOS daripada App Store, Android daripada gedung Google Play atau Windows Phone daripada Gedung Windows Phone. Sejurus selepas apl dipasang pada telefon mudah alih anda, ketik untuk membukanya.

Langkah 2: Beritahu kami identiti anda

Ketik Daftar, kemudian masukkan alamat e-mel anda dan ketik Seterusnya, atau ketik Log masuk dengan Facebook untuk mendaftar dengan akaun Facebook anda.

Langkah 3: Sediakan profil perniagaan percuma

Dalam apl, cari tetapan, kemudian tatal ke bawah ke Tukar kepada Akaun Perniagaan. Setelah anda mempunyai akaun perniagaan, anda boleh menambah maklumat perniagaan yang bersangkut-paut seperti waktu gedung, alamat perniagaan atau nombor telefon. Cipta Profil Perniagaan

Langkah 4: Siar dan ikuti pengguna

Mula siarkan kandungan yang anda ingin lihat dalam suapan anda menggunakan tag cincang yang berkaitan dan mula ikuti akaun yang sama. Pergi ke Instagram untuk bermula.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Pastikan anda dikenali sebagai perniagaan.

Jadikan akaun anda di Instagram sebagai Akaun Perniagaan untuk mendapatkan wawasan tentang cerita, siaran dan pengikut anda.

Dengan Akaun Perniagaan anda boleh:

Dapatkan metrik masa nyata tentang prestasi cerita dan siaran anda yang dipromosikan sepanjang hari.

Dapatkan wawasan tentang pengikut anda dan cara mereka berinteraksi dengan siaran dan cerita anda.

Menambah maklumat tentang syarikat anda seperti waktu perniagaan, lokasi dan nombor telefon.

Bertukar kepada Akaun Perniagaan dalam tetapan akaun apl anda.

Cipta Akaun Perniagaan Anda

Mencipta kandungan Instagram.

Instagram ialah satu pengalaman visual yang tinggi. Ketahui cara untuk menyampaikan cerita anda melalui imej, video dan kapsyen yang menawan.

1. Bermula di Instagram

Masih baharu di Instagram? Untuk bermula, ketahui cerita yang anda ingin beritahu, buat keputusan berkenaan penampilan yang menambat hati dan rasa untuk akaun anda dan buat siaran secara konsisten. Ketahui lebih lanjut dengan menonton video tersebut.

2. Lihat Bagaimana untuk Tampil Menyerlah dengan Kreatif Hebat

Ingin mengetahui perkara yang layak disebut sebagai kreatif yang hebat di Instagram? Tanda: kreatif yang hebat ialah kreatif yang hebat. Ia mengikuti tiga prinsip kreatif yang sama yang anda ingin gunakan ke atas sebarang saluran pemasaran. Lihat prinsip ini dalam video tersebut.

3. Cipta Foto dan Video Yang Berkualiti

Bukan seorang jurugambar? Mencipta kandungan yang berkualiti di Instagram bukanlah sesuatu yang sukar. Anda boleh mengambil foto dan video yang kelihatan profesional dengan hanya menggunakan telefon anda. Ketahui bagaimana dalam video tersebut.

Lihat Lebih Lagi Petua Pengiklanan

Pertingkatkan kreatif anda.

Dengan apl Instagram, dengan mudah anda boleh mencipta foto dan video yang berkualiti tinggi untuk akaun anda.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Apl Boomerang
Boomerang

Jadikan detik setiap hari gembira dan tidak dijangkakan. Cipta video mini yang menarik yang digelungkan ke depan dan belakang, kemudian kongsikannya pada suapan atau dalam cerita anda. Pada cerita, 25% video yang dikongsikan ialah Boomerangs.1

Boomerang oleh @alinavalitova

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Apl Hyperlapse
Hyperlapse

Lupakan tripod yang sangat besar dan peralatan yang mahal, cipta video selang masa yang menarik menggunakan penstabilan sedia ada Instagram.

Hyperlapse oleh @habashi

Contoh Layout, apl Instagram
Apl Layout
Layout

Lenturkan kreativiti anda dengan menggabungkan, membalikkan atau mencerminkan berbilang foto menjadi imej tunggal untuk pengambilan yang menggembirakan dan unik pada foto anda.

Bantuan lanjut.

Dapatkan jawapan bagi soalan biasa di bawah atau dapatkan bantuan daripada Pusat Bantuan atau salah satu Rakan Kongsi Instagram kami.

Ada soalan?

Datang ke Pusat Bantuan untuk mendapatkan jawapan.

Perlukan bantuan?

Jika anda tidak mempunyai masa atau memerlukan bantuan tambahan, cari Rakan Kongsi Instagram untuk membantu anda dengan semua perkara—daripada membeli iklan kepada memberi sumber dan menyampaikan kreatif. Semua Rakan Kongsi terbukti pakar dalam bidang mereka dan disemak oleh kami.