Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

25 September 2017

2J Iklan Bulanan di Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Komuniti perniagaan kami telah meningkat kepada dua juta pengiklan, berbanding satu juta pengiklan pada Mac lalu. Orang ramai menggunakan Instagram setiap hari untuk berkongsi minat dan berhubung dengan perkara penting, serta memanfaatkan lebih banyak masa pada wadah yang menghasilkan lebih banyak kandungan yang boleh diterokai terutamanya video mudah alih.

Masa yang dimanfaatkan untuk menonton video di Instagram telah meningkat lebih daripada 80% dari tahun ke tahun, manakala bilangan video yang dihasilkan telah bertambah 4X berbanding tahun lepas1. Dengan adanya kemunculan inovasi terbaharu bagi format video mudah alih seperti Cerita Instagram dan Siaran Langsung2, perniagaan kini cenderung dalam mencari peluang untuk berhubung dengan khalayak mereka tidak kira di mana mereka berada atau pada bila-bila masa.

Menghasilkan Video Sempurna

Dalam penantian kemunculan wayang terunggul tahun ini, iaitu La La Land, Lionsgate UK (@lionsgatemoviesuk) berharap untuk memeriahkan pelancaran dengan siri video yang bertenaga dan menakjubkan, dihasilkan khas untuk Instagram. Dengan penyesuaian antara visual dan bunyi yang mengagumkan, studio rakaman mencipta 10 video tersuai yang menyasarkan bidang minat para pengguna di Instagram.

Video menarik tersebut menggunakan trailer rakaman versi terbaik untuk memukau serta mengilhamkan para pengguna Instagram untuk menonton rakaman di dalam panggung dengan memperkenalkan para pelakon tersohor dan jalan cerita yang dihiasi nyanyian bersama. Hasilnya, kempen tersebut telah meraih peningkatan dalam pengingatan kembali iklan sebanyak 24 mata, 8 mata tambahan untuk kesedaran dan 4 mata untuk tujuan paparan—terutamanya dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu golongan muda.

Telah kita ketahui bahawa Instagram merupakan wadah yang sempurna untuk filem ini, namun memperkenalkan sesuatu yang baharu kepada golongan muda bukanlah sesuatu yang mudah. Menjamin keupayaan dalam pasaran atas talian yang sibuk pada masa kini adalah jauh lebih mencabar. Oleh itu, kami perlu mengubah strategi kreatif untuk memastikan wadah ini menjadi tumpuan utama para pengguna. Dengan kerjasama yang cemerlang antara pasukan di Instagram, kami berjaya mencapai tahap ini dan hasil peningkatan menunjukkan sumbangan positif kepada kejayaan box office.
Rachel Masuku, Pengarah Digital, Lionsgate UK
Menambah Baik Kediaman dengan Cerita

Projek do it yourself memberi peluang untuk menyerlahkan kreativiti, dan Lowe's (@loweshomeimprovement) memanfaatkan Cerita Instagram untuk menampilkan kebolehan mereka membantu para pengguna berfikir di luar kotak dalam menambah baik kediaman walaupun pada ruangan yang paling kecil.

Kempen terbaru mereka memaparkan perubahan ruangan menegak menggunakan 50+ siri mikroklip berdurasi kurang daripada satu saat. Mencipta paparan seolah-olah selakan halaman buku, Lowe's menunjukkan para khalayaknya cara mengubah suai ruangan kecil dan menegak kepada sesuatu yang cantik dan bermanfaat.

Mudah Alih Bergaya

Nama yang tidak asing lagi pada dunia inovasi dan keputusan yang berani, penjual atas talian terkemuka Itali iaitu YOOX (@yoox) merupakan salah satu jenama pertama yang mencipta iklan video menggunakan Cerita Instagram untuk menempa kedudukan mereka sebagai destinasi gaya hidup atas talian terunggul untuk pelanggan yang gemar bergaya.

Dengan menerima aliran rekaan Instagram terkini (seperti reka letak simetri dan kreatif), kempen tersebut telah membawa masuk satu tumpuan TV sedia ada ke dalam video yang menayangkan laman web jenama mereka sebagai destinasi fesyen terkemuka—menghasilkan peningkatan 11 mata dalam pengingatan kembali iklan dan 6 mata diperoleh untuk kesedaran jenama.

Kami sentiasa mengenali pengguna Instagram sebagai individu yang gemar bergaya. Kini kami sedang berusaha menghasilkan kreatif tahap tinggi dan kandungan video yang bersesuaian dengan saluran tersebut. Format Cerita Instagram adalah sebuah perubahan semula jadi dalam penceritaan YOOX dan kami telah melihat hasil yang mantap dengan kempen ini.
YOOX
Gerakan sebagai Penapis Baharu

Video mudah alih terus menambah baik kaedah para pengiklan untuk menjangkau dan berhubung dengan pelanggan, malah setiap alatan Instagram yang menarik menentukan cara orang ramai berhubung dengan perkara penting pada masa hadapan. Untuk melihat bagaimana perniagaan anda boleh menggunakan video mudah alih untuk tampil dan mengilhamkan tindakan di Instagram, ketahui lebih lanjut di sini.

Video oleh @amyjpeg

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA