Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Tip

29 Mac 2016

Menggunakan Video di Instagram

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA

Hari ini, kami mengumumkan dua kemas kini video pada platform—keupayaan untuk berkongsi sehingga video 60 saat dan mencipta video daripada berbilang klip daripada kamera gulung di iOS. Video yang lebih lama di Instagram mula dikeluarkan hari ini dan akan menjadi tersedia untuk semua orang pada bulan akan datang. Berbilang video klip tersedia minggu ini sebagai sebahagian daripada versi 7.19 Instagram untuk iOS dalam Gedung Apl Apple.

Video Berfungsi untuk Perniagaan

Perniagaan melihat hasil dengan video di Instagram. Sepanjang enam bulan yang lalu, waktu orang meluangkan masa menonton video di Instagram meningkat sebanyak lebih daripada 40%. Dan penyelidikan menunjukkan bahawa menambahkan video pada kempen sedia ada mendorong tuah yang lebih tinggi berbanding kempen dengan hanya foto statik sahaja.1

Contohnya, untuk meningkatkan kesedaran pelanggan berkenaan pelancaran warna suku tahunnya pada musim luruh yang lepas, OPI menggunakan video di Instagram. Syarikat pasaran gilap kuku terkemuka mencipta siri iklan video yang menyasarkan golongan perempuan yang berumur 18-40 dengan minat dalam bidang solekan, seni kuku dan kecantikan. Apabila menyediakan kempen, OPI memilih objektif tontonan video dan memadankannya dengan pembelian jangkauan dan kekerapan untuk memaksimumkan jangkauan iklan dalam kalangan khalayak sasarannya. Dengan kempen bertumpuan musim luruh, OPI menjangkau 5.4M orang dan melihat peningkatan 11 mata dalam pengingatan kembali iklan dan peningkatan 3 mata dalam kesedaran paling tinggi—bukan sahaja menjana kesedaran bagi jenama baharu mereka, tetapi keseluruhan jenama.

Gunakan video untuk berhubung dengan khalayak anda
Sebagai jenama, kami tahu kami perlu menjangkau golongan wanita di tempat mereka sentiasa lawati dalam talian—dan itu semestinya di Instagram dan Facebook. Bekerja secara seorang ke seorang dengan pasukan penyelesaian klien kreatif membantu kami merangka unit iklan sebaik yang mungkin daripada kandungan kempen kami. Strategi kemenangan dan rancangan pengaktifan kami merupakan hasil langsung bagi kerjasama ini.
Jaqueleen Larson, Pengurus Kanan Media Interaktif Global, Persyarikatan Produk OPI.

Dan rangkaian televisyen, TV Land menjalankan kempen iklan video merentasi kedua-dua Instagram dan Facebook untuk mendorong kesedaran dan niat bagi menonton siri baharu mereka, Guru. Rangkaian tersebut menggunakan pembelian jangkauan dan kekerapan untuk memanfaatkan tontonan dalam kalangan perempuan yang berumur 18-49 tahun dan memanfaatkan kreatif yang sama merentasi kedua-dua platform. Di akhir gabungan kempen, TV Land melihat peningkatan sebanyak 16% dalam tanggapan dan peningkatan sebanyak 7% dalam jangkauan unik tanpa sebarang peningkatan terhadap peruntukan belanja. Iklan video juga melihat kenaikan sebanyak 24 mata dalam pengingatan kembali iklan, kenaikan 21 mata dalam kesedaran jenama dan kenaikan 4 mata untuk niat.

Cipta iklan video di Instagram
Kami ingin memacu metrik jenama merentasi papan untuk pertunjukan baharu kami, Guru dan menjangkau demografi tertentu. Kempen itu memacu kenaikan merentasi papan, manakala menyiarkan iklan yang sama di Facebook dan Instagram secara serentak membantu memacu lebih banyak kecekapan. Kami melihat nilai hebat dalam perbelanjaan di Instagram untuk pertunjukan baharu.
Kristin Mirek, Naib Presiden Pembangunan Berbilang Platform dan Pemasaran TV Land
Amalan Terbaik Video

Apabila mencipta video untuk Instagram, kami mencadangkan anda mengikuti prinsip umum dan amalan terbaik ini untuk mencipta video dalam persekitaran suapan mudah alih.

1.Wujudkan hubungan dengan cepat: Pilih imej kecil video dan tajuk yang menarik. Gunakan warna, tema dan imej jenama untuk membantu orang menghubungkan video tersebut kepada jenama anda. Dan pertimbangkan untuk menggunakan gaya hidup dan tangkapan produk pandangan hadapan atau adegan dengan tindakan atau imej berwarna terang bagi membangkitkan minat seperti penjual barang runcit UK, Marks and Spencer.

2. Reka bentuk untuk video tanpa bunyi: Video diautomain tanpa bunyi, jadi pastikan video anda menyatakan mesej anda secara visual. Tambahkan kapsyen, logo dan produk untuk membicarakan mesej anda dengan lebih baik.

3. Uji kaji: Sasarkan iklan dan semak metrik video anda untuk melihat tindak balas daripada orang lain. Buat lelaran berdasarkan perkara yang berfungsi untuk perniagaan dan khalayak anda. Tambah butang seruan tindakan, bermain dengan format berbentuk segi empat sama dan landskap, gunakan semula atau cipta kandungan baharu khusus untuk Instagram. Ini merupakan pilhan yang tepat untuk kreatif video pada platform.

Mulakan

Oleh kerana kini anda sudah mengetahui manfaat dan amalan terbaik untuk mencipta iklan video bagi Instagram, cubanya pada kempen anda yang seterusnya. Selepas memilih objektif dan penyasaran kempen anda, muat naik video sebagai kreatif anda. Kami telah melihat klien seperti TV Land dan ramai lagi, mendapat lebih banyak keberkesanan apabila menjalankan kempen mereka merentasi kedua-dua Instagram dan Facebook.

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA