Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

5 Disember 2017

Memperkenalkan Sorotan Cerita dan Arkib Cerita

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Hari ini, kami memperkenalkan dua peralatan baharu untuk perniagaan anda menyimpan kenangan indah dari Cerita Instagram dan memperlihatkan perniagaan kepada para pelanggan anda. Sorotan Cerita ialah bahagian baharu dalam profil anda di mana anda boleh memperlihatkan lebih banyak lagi keistimewaan perniagaan anda melalui cerita-cerita yang dikongsikan. Untuk membantu anda menjadi tumpuan ramai, cerita anda akan disimpan secara automatik dalam Arkib Cerita peribadi supaya anda boleh mengirimkannya semula pada bila-bila masa.

Sorotan Cerita

Pada tahun lepas, Cerita Instagram telah menjadi kunci utama bagi rahsia perniagaan menyerlah dan menginspirasikan tindakan di Instagram—namun ianya tidak mudah untuk mengekalkannya selama 24 jam. Kini perniagaan anda tampil menyerlah dengan mengumpul cerita yang telah dikongsi dalam sorotan dan ditayangkan di profil ia sendiri.

Sorotan Cerita muncul dalam bahagian baharu pada maklumat profil anda. Untuk mencipta sorotan, sentuh bulatan “Baharu” di sebelah kiri. Di sana anda boleh memilih mana-mana cerita yang diarkibkan, pilih muka hadapan sorotan anda dan namakan. Setelah selesai, sorotan anda akan muncul sebagai bentuk bulatan pada profil anda yang berperanan sebagai cerita tunggal semasa seseorang menontonnya. Sorotan kekal di profil sehingga anda membuangnya, dan anda boleh menyimpan sorotan sebanyak mana yang anda mahu. Untuk menyunting atau membuang sorotan, ketik dan sentuh sorotan pada profil anda.

Sorotan Cerita membolehkan kesemua personaliti dan perihalan perniagaan anda dipaparkan dan membuat sorotan bagi kesemua cerita perniagaan yang dikongsikan pada masa lalu. Dari sebalik tabir penghasilan produk baharu untuk mengekalkan keberadaan kempen terbaharu di dalam cerita, manfaat dan aktiviti yang penting buat anda kini mempunyai halaman sendiri pada profil anda.

Arkib Cerita

Seterusnya, cerita anda akan disimpan secara automatik di arkib sebaik sahaja ia telah tamat tempoh. Ini memudahkan anda untuk melihat semula saat-saat perniagaan kegemaran anda atau membangkitkannya semula dalam sorotan.

Untuk mengakses cerita dalam arkib anda, sentuh ikon Arkib pada profil anda. Dari situ anda boleh menukar antara Arkib Kiriman dan Arkib Cerita baharu anda dengan mudah. Dalam Arkib Cerita, cerita anda akan muncul dalam grid cerita terbaharu di bawah sekali. Cerita pertama daripada setiap hari akan memaparkan pengesan tarikh untuk membantu anda menggerakkan arkib semasa mencari cerita.

Sentuh mana-mana cerita dalam arkib anda untuk meenontonnya. Dari situ, anda boleh menambahkannya ke cerita semasa atau ke sorotan di profil anda. Hanya anda sahaja yang boleh melihat cerita yang diarkibkan, dan anda boleh memilih untuk mematikan atau mengarkibkan secara automatik pada bila-bila masa sahaja dalam tetapan profil anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sorotan Cerita dan Arkib Cerita, sila rujuk Pusat Bantuan Instagram. Kemas kini hari ini tersedia sebagai sebahagian daripada versi 25 Instagram di iOS dan Android.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA