Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Inspirasi, Tip

6 November 2018

Tampil Menyerlah dan Dorong Hasil Perniagaan Sebenar di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Dalam siri video Tampil Menyerlah kami, kami seharian bersama dengan usahawan berjaya di UK, Perancis dan Jerman yang memacu hasil perniagaan sebenar menerusi Instagram. 6 jenama berikut menawarkan banyak petua dan cara untuk membantu perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang lain meraih kejayaan di Instagram dengan memanfaatkan alatan perniagaan dan kreatif. Proses pemasaran dan kreatif mereka akan membantu anda membina strategi Instagram anda dan memberi inspirasi kepada pengikut anda dengan cara baharu.

Ditubuhkan pada 2013, Bloom & Wild (@bloomandwild) ialah peneraju perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian di U.K. Mereka pakar dalam bunga kotak surat, iaitu karangan bunga yang muat dalam kotak surat standard supaya pelanggan tidak perlu menunggu di rumah untuk menerimanya. Bloom & Wild menggunakan Instagram untuk mempamerkan karangan bunga yang menyerlah dan cantik, serta berkongsi petua gubahan dan memaklumkan pelanggan tentang hadiah dan tawaran istimewa. Tindakan yang diambil oleh pelanggan, serta soalan dan komen yang diberikan, memberikan pandangan langsung kepada Bloom & Wild untuk memperbaiki perkhidmatan mereka.

Kami menyiarkan cerita Instagram dengan sangat kerap dan ini mendorong trafik tertinggi ke laman web kami. Instagram membantu kami mengetahui tindakan dan ulasan pelanggan, dan ini ialah cara terbaik untuk mencetuskan hebahan bagi jenama kami.
SARA GORDON, PENGARAH JENAMA DAN KREATIF BLOOM & WILD

Ketahui cara mencipta Cerita Instagram yang hebat seperti Bloom & Wild di sini dan ketahui lebih lanjut tentang Iklan dalam Cerita di sini.

Foto daripada Bloom & Wild yang merakam wanita menggubah bunga di dalam pasu

Georga's Cakes (@georgiascakes) ialah pastri alaf baharu, terkenal dengan kek luar biasa yang menggabungkan pembuatan pastri klasik dan gaya kontemporari. Pengasasnya Georgia Green mereka dan menghias sendiri setiap kek, daripada kek kahwin bertingkat kepada kek hari jadi yang comel untuk kanak-kanak. Akaun Instagram Georgia Green memuatkan kreativiti dan kemahiran pembuat pastri, yang mengolah pencuci mulut menjadi karya seni. Kini, 3 daripada 4 pesanan datang dari Instagram.

Instagram banyak membantu saya dan sekarang saya menggunakannya sebagai alat perniagaan. Saya menyiarkan video untuk mendapatkan jangkauan yang luas dan berhubung dengan komuniti di Instagram.
GEORGIA GREEN, PENGASAS, GEORGIA'S CAKES

Ketahui cara anda boleh berhubung dengan pengikut dan komuniti anda di Instagram melalui Profil Perniagaan.

Foto dari Georgia's Cakes yang merakam wanita memegang kek

Shanty Biscuits (@shantybiscuits) membawa keseronokan dan keganjilan ke dalam dunia kudapan. Pelanggan memilih daripada 10 perisa biskut (termasuk lemon, matcha dan kacang hazel), kemudian memperibadikannya dengan kata-kata dan ungkapan pilihan mereka sendiri. Syarikat ini menggunakan Instagram untuk berkongsi imej biskut yang paling lucu supaya pelanggan mendapat inspirasi dalam memilih kata-kata mereka sendiri. Pelanggan selalunya bertindak balas terhadap cadangan bijak dengan mengolah hasil asalnya. Penglibatan asli ini menguatkan ikatan jenama dengan pengikutnya.

Dengan Instagram, amat mudah untuk berbual dengan orang. Mereka menghantar mesej kepada saya dan saya terus membalasnya. Anda boleh mengajukan soalan dan ia lebih cepat dan mudah untuk membalas.
SHANTY BAEHREL, RATU BISKUT DAN CEO, SHANTY BISCUITS

Ketahui cara anda boleh memanfaatkan pemesejan di Instagram di sini.

Foto daripada Shanty Biscuits yang merakam wanita memegang biskut

Papermint Paris (@papermint_paris) mereka bentuk dan mengeluarkan kertas hias dinding grafik dengan estetika terang dan santai. Syarikat yang berpusat di Paris ini boleh menyesuaikan reka bentuk dari segi saiz, bahan dan warna agar benar-benar sesuai dengan rumah dan pejabat pelanggan. Tidak kira ia merupakan seluruh bilik atau sebahagian dinding dengan ukuran luar biasa. Suapan Instagram Papermint ialah cara utama syarikat memperlihatkan hasil kerjanya dan sering menerapkan pengalaman pertama pelanggan dengan jenama.

Sejak awal lagi, Instagram merupakan pameran tayangan perdana kami dan sekitar 80% daripada trafik datang dari sana. Ia telah menjadi saluran kami untuk mempamerkan produk dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Setiap hari, kami menerima trafik yang tinggi dari Instagram.
ALEXANDRA BRUEL, PENGASAS BERSAMA, PAPERMINT PARIS

Ketahui cara anda boleh meningkatkan jualan, mendapatkan pelanggan baharu dan banyak lagi dengan Iklan Instagram.

Foto daripada Papermint Paris yang merakam wanita dan lelaki bergaya di hadapan kamera

Schwester Schwester (@schwesterschwester), dalam bahasa Inggerisnya Sister Sister, menyebarkan aura positif dengan subang yang menambat hati. Daripada subang merah jambu dengan rumbai zamrud kepada subang dengan lebah emas berjuntaian, ciptaan mereka cukup memukau dan menyerlahkan si pemakainya. Mereka meraih kejayaan besar dalam menggunakan Instagram sebagai hadapan kedai maya dengan imej berani dan warna terang yang menggoda pembeli untuk melayari koleksi mereka. Tag yang boleh dibeli-belah memudahkan pelanggan untuk menyempurnakan pembelian. Malah, kebanyakan urus niaga Schwester Schwester datang secara langsung dari Instagram.

Kami menggunakan Instagram untuk berhubung dengan pelanggan kami dan membina komuniti untuk Schwester Schwester. Saban hari, pelanggan memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta reka bentuk baharu bagi koleksi kami. Sejak kami mula bekerjasama dengan peruncit pada 2018, kami menyedari bahawa 90% perniagaan runcit kami datang dari Instagram.
JANNE RÖNSBERG, PENGASAS BERSAMA, SCHWESTER SCHWESTER

Ketahui cara anda boleh mengetag produk anda menggunakan alatan Beli-belah baharu.

Foto dua wanita sedang bergaya di hadapan gerai barang kemas Schwester Schwester

Coffee Circle (@CoffeeCircle) menghantar kopi terbaik di dunia terus ke rumah pelanggan. Beretika dan komited akan ketelusan, syarikat ini membeli kopi terus dari pengeluar di negara seperti Colombia hinggalah Ethiopia dan bekerjasama dengan mereka untuk mengekalkan kaedah penanaman tradisional dan mesra alam. Coffee Circle menggunakan suapan dan Cerita utama untuk memperkenalkan rakan kongsi kopinya dari seluruh dunia. Video dan imej kehidupan ini menunjukkan kesan sebenar jenama itu secara global dan memperkukuh komitmennya terhadap keterbukaan.

Instagram ialah tempat di mana kami dapat menyampaikan cerita jenama dan mendampingi pelanggan kami. Menerusi Kisah Instagram, kami dan komuniti bergerak seiring dalam masa nyata.
MARIA HÄNEL, PENGURUS PEMASARAN, COFFEE CIRCLE

Perniagaan ialah antara penyumbang paling kreatif kepada Instagram. Ketahui cara anda boleh memberi inspirasi kepada pengikut anda untuk bertindak.

Foto dua wanita sedang bergaya di hadapan gerai barang kemas Schwester Schwester

Bloom & Wild, Georgia's Cakes, Shanty Biscuits, PaperMint, Schwester Schwester dan Coffee Circle telah memanfaatkan Instagram untuk menghubungkan jenama, produk dan pelanggan mereka dalam cara yang penuh inspirasi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara usahawan menggunakan Instagram untuk mencapai keputusan perniagaan sebenar, lawati halaman pendaratan Tampil Menyerlah kami dan ikuti berita terkini di Instagram untuk blog perniagaan. Perlukan bantuan lanjut untuk bermula? Dapatkan kursus dalam talian percuma di sini.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA