Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

19 Mac 2019

Baru Mengenali Membeli-belah Instagram: Pembayaran

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA

Hari ini, kami mengumumkan satu langkah penting untuk membeli-belah: pembayaran. Pembayaran menyediakan cara yang pantas dan selamat untuk orang membeli produk yang mereka temui di Instagram.

Sejak dahulu lagi, pengguna di Instagram sangat suka membeli-belah. Mereka amat seronok menatap but suede yang menawan, sangat meminati tutorial kecantikan atau membeli kasut sniker edisi terhad keluaran eksklusif. Instagram ialah tempat untuk orang ramai mendapat ilham, bukannya tempat untuk mereka membebankan diri dengan tugasan. Ia merupakan tempat untuk menikmati keriangan berbelanja berbanding rutin pembelian yang membosankan. Kami sentiasa memikirkan hal ini dalam semua aspek.

Untuk lebih memudahkan orang yang gemar berbelanja, kami telah memperkenalkan beberapa kemas kini pada tahun lepas termasuk tag produk dalam Suapan, pelekat produk pada Cerita dan destinasi membeli-belah di Terokai. Orang ramai memberitahu kami bahawa mereka mahukan lebih banyak masa dan ruang sebelum membeli, jadi kami memudahkan urusan menyimpan dan berkongsi produk. Hasilnya, kami kini mempunyai 130 juta pengguna Instagram yang menerokai tag produk dalam siaran membeli-belah setiap bulan.1

Sepanjang kami mengusahakan membeli-belah, kami menerima maklum balas daripada komuniti bahawa mereka ingin melakukan banyak lagi perkara. Apabila mereka mendapat cetusan inspirasi, orang ramai ingin melakukan perkara yang tepat, sama ada menyimpan produk untuk dilihat kemudian, berkongsi dengan rakan untuk mendapatkan maklum balas atau terus membelinya.

Pembelian meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan mewujudkan suasana pembelian yang ringkas, mudah dan selamat. Orang ramai tidak lagi perlu menavigasi pelayar jika ingin membeli. Dengan maklumat pembayaran mereka yang dilindungi di satu tempat, mereka boleh membeli jenama kegemaran mereka tanpa perlu log masuk dan memasukkan maklumat mereka berulang kali.

Satu daripada perniagaan pertama yang boleh dibeli oleh orang di AS ialah Revolve.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Instagram dan menjadi antara yang pertama menawarkan pembayaran dalam apl kepada pengikut kami! REVOLVE berazam untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang cemerlang dan lancar buat pelanggan kami. Menerusi antara muka baharu Instagram, kami dapat memenuhi kehendak khalayak milenium secara lebih mantap dengan menyediakan kaedah pembelian baharu yang cepat dan mudah di platform yang mereka sudah lihat kandungan kami dan menemui produk kami.
RYAN PABELONA, PENGARAH PEMASARAN PRESTASI

Nike turut melebarkan sayapnya melalui pendekatan kreatif pada Cerita dengan menyediakan pembayaran kepada komuniti mereka.

Kami teruja untuk bekerjasama dengan Instagram bagi memudahkan pengguna kami mengakses produk Nike menerusi slogan @nikeriomen dan @niketraining kami, dengan matlamat untuk memendekkan laluan dari inspirasi ke pembelian.
DANIEL HEAF, VP/GM PERDAGANGAN DIGITAL GLOBAL NIKE

Burberry, yang sentiasa menawarkan keluaran eksklusif untuk menimbulkan keterujaan akan turut menjadi satu daripada lebih 20 jenama utama yang membenarkan pengguna membeli dari dalam apl.

Burberry sentiasa mendukung inovasi digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kami telah melihat hasil yang memberangsangkan daripada produk terhad B Series bulanan yang dilancarkan September lalu, sekaligus menghubungkan perjalanan dari inspirasi ke e-dagang untuk komuniti sosial kami buat kali pertama. Kami sangat teruja untuk mengembangkan perdagangan sosial kami sebagai satu daripada jenama pertama yang menerapkan pembayaran di Instagram.
RACHEL WALLER, VP PEMASARAN, DIGITAL

Pastinya, pada minggu-minggu yang akan datang, orang di AS akan dapat membuat pembayaran dengan Adidas, Anastasia Beverly Hills, Balmain, Burberry, ColourPop, Dior, Huda Beauty, H&M, Kith, KKW Beauty, Kylie Cosmetics, MAC Cosmetics, Michael Kors, Mr. Porter, NARS, Net-a-Porter, Nike, NYX Cosmetics, Oscar de la Renta, Outdoor Voices, Ouai Hair, Prada, Revolve, Uniqlo, Warby Parker dan Zara. Untuk melihat senarai terkini untuk pemegang menggunakan pembayaran, sila lihat di sini.

Pembayaran hanyalah sebahagian daripada pelaburan jangka panjang kami dalam membeli-belah. Kami teruja untuk memperkenalkan banyak lagi cara untuk orang menikmati membeli-belah di Instagram tahun ini.

Orang ramai akan disediakan dengan keupayaan membayar menggunakan Visa, Mastercard, American Express, Discover dan PayPal. Untuk jenama, akses kepada pembayaran adalah terhad semasa fasa beta tertutup ini. Seiring pengembangan ciri ini, perniagaan akan dapat bersepadu secara terus atau bekerjasama dengan rakan kongsi termasuk Shopify, BigCommerce, ChannelAdvisor, CommerceHub dan banyak lagi pada masa akan datang. Pembayaran akan diproses dengan kerjasama PayPal.

Oleh: Pasukan Instagram Perniagaan

San Francisco, CA