Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Pengumuman

16 Mei 2017

Memperkenalkan Penapis Muka dan Banyak Lagi di Instagram

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA

Kini, kami memperkenalkan tapis muka di kamera, cara mudah untuk menukar swafoto biasa kepada sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan.

Daripada persamaan matematik berlingkaran di kepala anda kepada telinga beruang koala gebu yang bergerak dan bergerenyit, anda boleh bertukar kepada bermacam jenis karakter yang boleh membuat anda tersenyum atau ketawa. Untuk melihat set permulaan bagi 8 penapis muka kamu, buka kamera dan ketik ikon muka baharu pada sudut bawah sebelah kanan.

Ketik penapis untuk mencuba, dan periksa beberapa penapis yang berfungsi untuk digunakan bersama dengan rakan. Ambil gambar atau video menggunakan kamera hadapan atau belakang — ia juga mempunyai fungsi Boomerang supaya anda boleh menambah pintalan menarik kepada kongsian anda. Setelah selesai merakam, anda boleh menambahnya ke cerita anda.

Dan Banyak Lagi

Kini, kami juga mengeluarkan lebih banyak peralatan kreatif dalam kamera.

Anda boleh membuat video putar semula dengan “Putar Semula,” format kamera baharu bersebelahan dengan “Boomerang” dan “Bebas.” Jatuhkan mikrofon dan lihat ia terbang ke dalam tangan anda. Rakam gerakan air pancut dan kongsi putaran semula untuk melihat air tersebut terapung semula. Uji dengan beberapa helah ajaib anda tersendiri dan cabar hukum fizik di mana jua anda berada.

Anda juga boleh menambah lebih banyak konteks kepada cerita anda dengan pelekat hashtag terbaharu. Hanya ketik pada ikon pelekat pada bahagian atas sebelah kanan skrin anda, pilih dan suaikan hashtag, kemudian tambahkan ke cerita anda. Seperti yang dimaksudkan, anda juga boleh menambah hashtag menggunakan teks biasa. Pelanggan yang menonton cerita anda boleh mengetik pelekat hashtag atau teks untuk melawat halaman hashtag lain dan menerokau kiriman yang lain.

Akhir sekali, anda akan melihat berus pemadam baharu semasa menggunakan peralatan melukis. Anda boleh memadam lukisan yang telah dibuat dan bermain dengan warna. Selepas anda mengambil gambar atau video, pilih alat melukis serta ketik dan tahan keseluruhan skrin dengan warna. Kemudian, dengan menggunakan berus pemadam, anda boleh mendedahkan bahagian gambar atau video do bawahnya dengan kreatif.

Daripada penapis foto kepada Boomerang dan banyak lagi, Instagram sentiasa berusaha menyediakan tempat untuk anda menukarkan detik perniagaan biasa kepada sesuatu yang anda tidak sabar untuk kongsikan. Kini, lebih banyak cara menarik dan mudah untuk menampilkan perniagaan anda dan berhubung dengan orang yang penting untuk anda—pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini terbaharu, semak Pusat Bantuan Instagram.

Kemas kini ini tersedia sebagai sebahagian daripada versi 10.21 Instagram untuk iOS dalam Gedung Apl Apple dan Android dalam Google Play.

Oleh: Pasukan Perniagaan Instagram

San Francisco, CA