Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram
Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.
Tip
Menggunakan Instagram dan Facebook untuk Menjangkau Pelanggan Anda
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA
Instagram dan Facebook membolehkan anda menjangkau pelanggan di tempat mereka meluangkan masa mereka. Dan itu adalah pada mudah alih. Malah, satu dalam lima minit mudah alih diluangkan di Instagram dan Facebook secara serentak—lebih daripada jika 10 platform mudah alih berikutnya digabungkan.1
Jadi apakah maksudnya kepada pengiklan? Dengan membuat pengiklanan merentasi kedua-dua platform, anda mempunyai lebih banyak peluang untuk menjangkau pelanggan anda. Apabila anda memilih Instagram dan Facebook untuk kempen iklan yang sama, kami akan mengoptimumkan penyampaian merentasi gabungan khalayaknya—yang mana boleh menjadikan penjangkauan pelanggan anda lebih cekap. Tambahan lagi, menyiarkan iklan merentasi kedua-dua platform secara serentak memberikan prestasi yang sebanding atau lebih baik untuk klikan tapak web, penukaran tapak web, tontonan video dan pemasangan apl mudah alih jika dibandingkan dengan menyiarkan iklan pada Suapan Berita mudah alih Instagram atau Facebook secara berasingan.2
Perniagaan di seluruh dunia sudah melihat hasil dengan menjalankan kempen di Instagram dan Facebook secara serentak. Contohnya, Jam Tangan MVMT melihat 20% kos setiap penukaran dan kos setiap tindakan yang lebih rendah apabila menyiarkan iklan Instagram dan Facebook. Perniagaan e-dagang juga berbuat demikian, persediaan pantas dalam Pengurus Iklan Facebook untuk mengiklankan merentasi kedua-dua platform—memastikan Instagram dipilih dalam bahagian Pratonton Iklan. “Kami menggunakan Instagram sebagai peletakan lain di Facebook, bukan saluran yang berasingan, kerana ia membenarkan kami untuk menskalakan kempen kami dengan cepat dengan cara menjangkau lebih ramai khalayak sasaran kami,” kata Steven Dinelli, Pengurus Iklan di Jam Tangan MVMT.
Perniagaan juga melihat kejayaan memacu pemasangan apl mudah alihnya. Di Brazil, jenama gaya hidup lelaki Kanui menjalankan kempen pemasangan apl mudah alih yang menyasarkan lelaki berumur 18+ di Facebook. Dengan menambahkan Instagram ke set iklan Facebook, mereka boleh nampak kos yang sama bagi setiap pemasangan, yang menjana pengembalian sebanyak 2.8x lebih tinggi ke atas perbelanjaan iklan.3 “Kami berasa gembira dengan hasil iklan kami di Instagram dan Facebook yang menyebabkan kami mengubah kesemua set iklan kami untuk disiarkan merentasi kedua-dua platform pada masa hadapan,” kata Guilherme Becker, Pengarah Pertunjukan di Kanui.
Untuk memberi pengiklan lebih banyak fleksibiliti dalam menyiarkan iklan di Instagram dan Facebook, mereka boleh memilih untuk menggunakan foto dan video yang sama pada kedua-dua platform atau memilih kreatif unik untuk iklan Instagram mereka. Di Kanada, UGO Wallet , apl dompet mudah alih, menjalankan kempen merentasi kedua-dua Instagram dan Facebook. Mereka memulakan kempen mereka menggunakan kreatif yang sama merentasi kedua-dua platform. Sementara kempen dijalankan, UGO membuat keputusan untuk membahagikan Instagram dan menyiarkan kreatif yang berasingan bagi platform tersebut. Setelah kempen selesai, UGO melihat peningkatan yang lebih baik iaitu sebanyak 45% bagi kos setiap pemasangan pada kempen bersama mereka berbanding kempen terdahulu yang hanya dijalankan di Facebook sahaja. “Kami sentiasa mencari cara yang terbaik untuk menjangkau khalayak kami,” kata Katherine Ashworth, Pengarah Pemasaran di LP Penyelesaian Mudah Alih UGO. “Dengan khalayak pelengkap Instagram dan Facebook, kami boleh menjangkau orang dalam persekitaran yang mereka paling kerap terlibat dalam kempen tunggal.”
Seperti yang anda nampak, menjalankan kempen peletakan yang dioptimumkan boleh membantu anda menjangkau lebih ramai pengguna dengan lebih cekap. Mari bermula hari ini dengan menambahkan Instagram ke kempen Facebook sedia ada anda atau memulakan kempen yang baharu merentasi kedua-duanya. Untuk maklumat lanjut, tonton video langkah demi langkah ini tentang cara untuk memilih berbilang peletakan apabila menyediakan kempen dalam Pengurus Iklan dan Penyunting Kuasa serta cara untuk melaporkan pada kempen anda.
Oleh: Instagram Business Team
San Francisco, CA