Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip

14 November 2019

Cara Memahami Khalayak Anda dan Memacu Hasil di Instagram

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA

Jejak metrik menggunakan Wawasan Instagram untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengikut anda serta memahami foto dan video yang digemari oleh komuniti anda.

3 langkah untuk memahami prestasi dan khalayak anda di Instagram

Perniagaan mempunyai matlamat yang berbeza di Instagram seperti mencari pelanggan baharu, membina komuniti yang terlibat atau memacu jualan. Walau apa pun matlamat anda, ketahui tentang metrik yang dapat membantu menjejak kemajuan pertumbuhan dengan menggunakan Wawasan Instagram.

Jika anda tidak pernah mengakses Wawasan Instagram, ketahui cara anda boleh melakukannya di sini.

Langkah 1: Fikirkan matlamat perniagaan anda dan tentukan metrik yang ingin anda utamakan.
Langkah 1: Fikirkan matlamat perniagaan anda dan tentukan metrik yang ingin pilih.

Berikut ialah beberapa contoh matlamat dan metrik yang hendak dijejak kemajuannya. Jika anda tidak pasti makna metrik dalam Wawasan, ketik
dalam setiap kategori untuk mengetahui lebih lanjut tentang nilai yang diukur oleh suatu metrik.

Jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan kesedaran jenama, pilih metrik seperti lawatan profil, tanggapan, jangkauan dan ikuti, yang boleh anda dapati dalam tab Kandungan atau Aktiviti, serta bilangan ikuti mengikut hari atau minggu dalam tab Khalayak. Metrik ini membolehkan anda menjejak bilangan orang yang melihat profil, siaran dan cerita anda. Anda juga boleh ketik 'Lihat Wawasan' pada siaran tertentu supaya anda juga boleh mengetahui tempat orang menemui siaran anda sama ada daripada hashtag, halaman utama, atau profil anda. Ketahui cara anda boleh melakukannya di sini.

Jika matlamat anda adalah untuk berhubung dengan komuniti, pilih metrik yang mengukur penglibatan pada kandungan anda seperti suka, kongsi, komen, dan simpan, yang boleh didapati dalam tab Kandungan pada Wawasan anda. Metrik ini membolehkan anda menjejak cara orang berinteraksi dengan foto dan video anda. Di samping itu, anda juga boleh meneliti metrik seperti e-mel, teks, dan/atau panggilan bagi mengetahui cara yang orang lebih gemari untuk berkomunikasi dengan perniagaan anda.

Jika matlamat anda adalah memacu jualan, metrik yang boleh anda pilih ialah klikan laman web, khususnya pautan pada biografi anda. Anda juga boleh menjejak metrik tertentu ke atas siaran membeli-belah anda seperti klik keluar dan produk yang dibuka. Metrik ini membolehkan anda melihat sama ada orang mengunjungi laman web anda, dan produk yang mereka paling berminat. Ketahui cara anda boleh menyediakan Membeli-belah Instagram di sini.

Langkah 2: Tentukan sama ada khalayak Instagram anda sepadan dengan pelanggan anda.
Langkah 2: Tentukan sama ada khalayak Instagram anda sepadan dengan pelanggan anda.

Dapatkan maklumat tentang bandar dan negara teratas, julat umur dan jantina pengikut anda dalam tab Khalayak pada Wawasan. Gunakan maklumat ini untuk menentukan sama ada khalayak Instagram anda sepadan dengan pelanggan anda. Dengan cara ini, anda boleh mencari lebih ramai orang di Instagram yang mirip pelanggan semasa anda.

Langkah 3: Buat penilaian ke atas metrik anda dari masa ke masa dan sesuaikan cara anda menggunakan Instagram.

Memandangkan anda sudah tahu metrik yang hendak diutamakan, pastikan anda menjejaki metrik tersebut dari masa ke masa. Jangan berasa kecewa jika anda melihat angkanya berubah-ubah dari masa ke masa. Tumpukan pertumbuhan jangka masa panjang, misalnya beberapa minggu atau sebulan. Laraskan matlamat anda seiring dengan pertumbuhan akaun anda.

Jika ada aspek tertentu yang anda ingin perbaiki, jangan lupa anda boleh mencuba beberapa petua, seperti cara untuk ditemui di Instagram atau komunikasi yang lebih berkesan dengan pelanggan anda.

4 petua bagi mengolah kandungan untuk komuniti anda menggunakan Wawasan Instagram

Setelah berkongsi gambar dan video tentang perniagaan anda secara berkala, gunakan Wawasan Instagram untuk mengolah kandungan khusus buat komuniti anda dengan 4 petua ini:

Kaji sohor kini merentasi siaran dan cerita anda.
Kaji sohor kini merentasi siaran dan cerita anda.

Cuba lihat corak di seluruh foto dan video anda yang mempamerkan prestasi cemerlang, terutamanya metrik yang relevan dengan matlamat perniagaan anda. Contohnya, jika matlamat anda adalah untuk berhubung dengan komuniti, lihat foto dan video yang meraih penglibatan tertinggi dengan menjejak metrik seperti suka, simpan dan kongsi. Setelah mengenal pasti sohor kini merentas siaran dan cerita yang berprestasi cemerlang, terapkannya ke dalam foto dan video yang anda cipta untuk menyesuaikannya khusus buat komuniti anda. Jangan lupa untuk mencuba beberapa petua kreatif, seperti mencipta cerita yang santai dan interaktif dan menulis kapsyen yang menarik minat pembaca.

Fikirkan demografi khalayak anda semasa mencipta foto dan video.

Setelah anda tahu maklumat seperti bandar dan negara teratas, julat umur dan jantina pengikut anda, sentiasa ingat butiran ini ketika merangka kandungan anda. Sebagai contoh, majoriti pengikut anda berusia 23-28 tahun di Sydney. Terapkan unsur dalam foto dan video anda yang khalayak ini gemari, seperti menggunakan bahasa tempatan atau merujuk sohor kini tempatan semasa. Dengan cara ini, foto dan video anda dapat menyampaikan mesej kepada orang yang membentuk komuniti anda.

Buat siaran ketika pengikut anda aktif.

Gunakan Wawasan untuk melihat waktu kebanyakan pengikut anda berada di Instagram supaya anda boleh mengetahui waktu untuk menyiarkan foto dan video anda. Dengan cara ini, anda boleh memaksimumkan bilangan orang yang melihat dan berinteraksi dengan foto dan video anda.

Petua lanjutan: Tukar siaran anda yang paling menarik kepada iklan dan kemas kini kandungan berdasarkan prestasi.

Setelah menyiarkan iklan anda yang pertama, tafsirkan prestasi iklan anda menerusi Wawasan supaya anda boleh mengguna pakai penemuan anda ke dalam promosi berbayar yang seterusnya. Anda boleh mencipta berbilang iklan dengan Pengurus Iklan bagi kempen yang sama untuk melihat foto dan video mana yang terbaik. Ketahui lebih lanjut tentang Pengurus Iklan di sini.

Oleh: Pasukan Instagram Business

San Francisco, CA