Dapatkan maklumat terkini daripada Instagram

Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan pada blog kami.

Tip, Inspirasi

2 Mac 2017

Membina Boomerang

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA

Dengan Boomerang — apl percuma daripada Instagram — anda boleh membuat detik-detik seharian yang menyeronokkan dan tidak dijangka melalui video mini menawan yang dimainkan berulang kali. Anda hanya memerlukan sedikit gerakan, telefon anda dan apl Boomerang untuk iOS atau Android.

Petua untuk Kejayaan

Tonton cara pakar mengubah sayur menjadi mi, Inspiralized (@inspiralized), menggunakan Boomerang untuk mempamerkan fungsi produknya. Selain itu, ketahui beberapa petua tentang cara anda boleh menggunakannya untuk perniagaan anda.

• Gerakan ialah kuncinya: Di mana ada pergerakan, di situ ada Boomerang. Sama ada itu adalah objek, orang atau kamera bergerak, Boomerang memerlukan pergerakan. Walau apapun yang anda rakamkan gambarnya, lebih stabil anda memegang kamera, lebih baik hasil tangkapan gambar anda.

• Kongsikan: Muat naik terus ke akaun Instagram atau Facebook anda dalam apl Boomerang. Anda turut boleh menyimpan Boomerang anda dan memuat naiknya ke Cerita Instagram anda.

• Serlahkannya lagi: Sebaik sahaja anda membawa Boomerang anda ke dalam Instagram, gunakan penapis, pangkas klip dan pilih bingkai pegun yang hendak digunakan secara lalai untuk video tersebut pada profil anda. Anda juga boleh membawanya ke dalam Cerita Instagram anda dan menambah pelekat dan reka bentuk lain yang menyeronokkan.

Nota: kini, anda boleh menangkap Boomerang terus dalam pengalaman cerita itu.

• Petua bonus: Sebelum merakamkan video, ketik secara kutub empat pada skrin menggunakan empat jari untuk mendedahkan menu rahsia. Dari situ, anda boleh menyesuaikan peleraian video, menukar cara Boomerang berulang-ulang (memainkan video berulang kali, dengan atau tanpa jeda di pertengahan video; maju sahaja; atau undur sahaja), dan menyesuaikan kiraan bingkai dan kadar bingkai video pendek anda.

Sedikit Inspirasi

Selain mempamerkan cara pemusar berfungsi, lihat beberapa cara lain Inspiralized menggunakan Boomerang untuk berkongsi cerita perniagaannya.

Tinjau belakang tabir: Tunjukkan sisi manusia dalam perniagaan anda dengan video tanpa persediaan tentang perkara yang anda dan pekerja anda lakukan.

tinjau belakang tabir

Pamerkan fungsi produk: Perlihatkan sepintas lalu kepada pelanggan tentang cara produk anda berfungsi.

pamerkan fungsi produk

Uar-uarkan: Beritahu pelanggan anda tentang perkongsian, acara atau pelancaran produk yang akan datang dengan cara yang kreatif.

kongsikan perspektif yang lain

Kongsikan perkara tidak dijangka : Berikan inspirasi kepada orang ramai tentang cara yang menarik dan baharu mereka boleh gunakan produk anda.

kongsikan perspektif yang lain
Cubalah

Mulakan hari ini, memandangkan anda sudah mengetahui tentang Boomerang, cara ia berfungsi dan menjadi inspirasi kepada perniagaan anda.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut berkenaan Boomerang, lawati pusat bantuan.

Oleh: Instagram Business Team

San Francisco, CA