Meraih inspirasi menerusi pengumuman, petua, dan cerita kejayaan di blog kami.
Tip
Panduan Langkah demi Langkah: Cipta Foto dan Video untuk Menawan Hati Khalayak anda pada Instagram.
Oleh: Pasukan Instagram Business
San Francisco, CA
Baca panduan ini bagi petua kreatif untuk membuat foto dan video anda lebih menarik, begitu juga alatan kreatif yang anda boleh gunakan untuk mencipta kandungan pada Instagram.

Instagram ialah tempat anda boleh mempamerkan personaliti perniagaan anda. Melalui perkongsian foto dan video, anda boleh menjemput khalayak anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan anda. Mari lihat pada 8 idea di bawah untuk mencipta jenis foto dan video yang berbeza.
Ketahui lebih lanjut tentang cara mengambil foto dan video menggunakan Kamera anda di sini.
Sediakan lawatan tempat kerja anda, beri tumpuan utama kepada ahli pasukan atau tunjukkan proses bagi penciptaan produk atau perkhidmatan anda.

Kongsikan produk baharu atau ciri produk untuk mencipta desas-desus atau rakamkan diri anda membuka kotak produk anda sendiri. Dalam contoh di atas, @jars_by_dani mencipta desas-desus melalui perkongsian rasa baharu yang sedang beliau usahakan sebelum pelancaran.
Tunjukkan kepada orang ramai cara berbeza yang mereka boleh gunakan produk dan perkhidmatan anda, sama ada menerusi kapsyen anda atau dalam sebuah video.

Anda boleh menyiarkan tentang percutian aliran utama atau memikirkan tentang percutian lebih kecil. Sebagai contoh, jika anda mengusahakan sebuag kedai donat, tandakan pada kalendar anda untuk mencipta siaran istimewa bagi Hari Donat Kebangsaan. Lihat pada foto yang dicipta oleh @jars_by_dani ini untuk Hari Valentine.
Jika perniagaan anda menganjurkan acara, jemput khalayak anda untuk menyiarkan foto dan video sebelum, semasa dan selepas acara anda. Cipta koleksi detik kegemaran anda dengan menyiarkan berbilang foto atau video untuk menyampaikan cerita malam itu. Ketahu lebih lanjut tentang penyiaran berbilang foto atau video.
Minta pelanggan foto dan video bersama produk atau perkhidmatan anda yang boleh anda kongsikan. Anda juga boleh menemu ramah pelanggan yang dipercayai anda semasa mereka menggunakannya. Bayangkan seorang pembuat roti merakamkan video seorang pelanggan mengambil gigitan yang pertama atau seorang jurugaya rambut memfilemkan seorang klien semasa memotong rambut.
Fikirkan tentang foto dan video lain yang telah anda ciptakan untuk pemasaran anda, seperti poster atau kreatif bagi tapak web anda, yang boleh anda kongsikan.
Apa sahaja siaran yang anda putuskan untuk dicipta, jangan berasa takut untuk menjalankan eksperimen dengan jenis siaran berbeza dan minta maklum balas pengikut anda tentang perkara yang paling menyeronokkan bagi mereka.


Lihat pada elemen yang paling penting dalam tangkapan anda. Kemudian letakkan subjek foto tersebut pada titik persilangan bagi garisan grid yang membahagikan foto kepada tiga bahagian.

Jika anda hendak menyorot subjek tangkapan anda, tambahkan ruang di sekitar subjek untuk menjadikannya terserlah. Contohnya, lihat cara @jars_by_dani menyorot produk mereka terhadap jadual.

Mata orang ramai mengikuti garis dalam foto anda. Cipta foto yang garisan mendorong mata kepada subjek yang hendak disorotkan, seperti foto ini yang menunjukkan@jars_by_dani menggunakan sudu untuk menujukan mata anda kepada balangnya.

Tangkap cahaya lembut ketika matahari terbenam atau cipta bayangan jelas waktu tengah hari menggunakan cahaya silau. Lihat cara @jars_by_dani menangkap gambarnya. Anda juga boleh mengambil foto waktu malam menggunakan cahaya neon atau penapis berwarna-warni membantu menetapkan suasana dan kontras foto anda.

Mengambil foto atau video yang sempurna semasa anda terkekang dengan masa bagi mengusahakan perniagaan boleh menjadi sukar. Gunakan 5 teknik penyuntingan di bawah untuk menjadikan foto anda lebih menarik selepas anda menangkapnya.

Ketahui tentang kesan kreatif tertentu yang anda boleh gunakan untuk foto dan video anda di sini.
Bermain-main dengan tahap zum dan sudut yang berbeza bagi tangkapan gambar anda. Anda juga boleh berkongsi tangkapan gambar yang sama berbilang kali dengan memangkasnya secara berbeza setiap kali. Contohnya, lihat cara @jars_by_dani telah memangkas fotonya untuk mengezum dekat hanya pada sudu beliau.
Apabila anda menyunting foto, cuba mengetik Lux, tongkat sakti pada bahagian teratas skrin anda yang terpapar apabila anda megambil foto menggunakan kamera dalam apl. Dengan menggunakan Lux, anda dengan serta-merta boleh menjadikan foto dan video anda lebih menarik dengan mencerahkan bayangan, menggelapkan sorotan dan meningkatkan kontras.
Tindihkan penapis pada foto anda pertimbangkan suasana yang disampaikan—seperti Amaro jika anda mahukan rasa vintaj atau Moon jika anda mahukan rupa hitam dan putih klasik.

Buat eksperimen menggunakan alatan seperti kontras dan ketepuan untuk meningkatkan keamatan warna anda. Pamerkan warna terang dalam foto anda jika itu adalah penampilan yang anda kehendaki, atau lembutkan warna tersebut jika anda mengkehendaki penampilan yang lebih lembut. Contohnya, lihat cara siaran @jars_by_danimenggunakan kek pelanginya benar-benar pop di sini.
Jika subjek foto anda ditetapkan di bahagian tengah, tambahkan vignet untuk menggelapkan bucu foto anda bagi mengarahkan perhatian orang ramai kepadanya. Atau jika anda hendak mengaburkan latar belakang anda untuk menumpukan pada subjek di latar depan, cuba kaburkannya menggunakan Anjakan Condong.

Cipta video berkualiti tinggi menggunakan 6 petua ini.
Ketahui lebih lanjut tentang cara menyiarkan video pada suapan anda di sini.
Pilih muka depan video yang menangkap intipati video anda. Lihat pada bahagian bawah apl selepas anda merakamkan video anda menggunakan kamera dalam apl. Anda akan mendapat pilihan untuk memilih muka depan anda, memotong video dan menambah penapis.
Tunjukkan visual menarik atau kongsikan perkara paling penting dalam video anda pada permulaannya.
Ketik pada skrin anda ke atas objek yang anda hendak tumpukan semasa anda membuat perakaman. Memastikan tangkapan anda dalam tumpuan semasa memfilemkan subjek boleh menjadikannya kelihatan lebih profesional.
Hyperlapse membantu anda mencipta video selang masa. Boomerang membantu anda mencipta video mini yang berulang dari belakang ke hadapan.
Anda boleh menyandarkan telefon anda pada dinding atau mendapatkan tripod khusus untuk telefon anda.
Buat senarai bagi perkara untuk dibincangkan atau sediakan set soalan prabertulis bagi pekerja atau rakan kongsi bersedia untuk menjawab soalan rasmi tentang perniagaan anda.
Oleh: Pasukan Instagram Business
San Francisco, CA